Berita Harian

Pendedahan Mohd Sidek terima elaun 1MDB diteliti

- Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Bekas KSN dakwa peroleh RM30,000 sebulan sebagai Ahli Lembaga Penasihat

Alor Setar: Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan mendapatka­n maklumat lanjut berkaitan laporan membabitka­n Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mendedahka­n beliau menerima elaun RM30,000 sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata setakat ini pihaknya belum membuat sebarang maklumat berkaitan pendedahan yang dibuat oleh Mohd Sidek yang juga bekas KSN di mahkamah, Selasa lalu.

“Kita mahu dapatkan butiran mengenai perkara itu terlebih dahulu, saya tak dapat lagi buat masa ini. Tambahan pula kes berkenaan telah disebut di mahkamah, jadi tak sesuai untuk saya ulas.

“Insya-allah sekiranya ada apa-apa yang diperlukan oleh pihak berkaitan, kita akan tengok nanti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidanga­n Mymudah 2022 Peringkat Kedah, di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dan Ketua Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC), Datuk Abdul Latif Abu Seman.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd Sidek ketika perbicaraa­n di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mendedahka­n beliau menerima elaun sebanyak RM30,000 sebagai Ahli Lembaga

Penasihat 1MDB bermula 1 Julai 2010 hingga 23 Jun 2012 semasa memegang jawatan sebagai KSN.

Menerusi keterangan­nya dalam kes perbicaraa­n rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Mohd Sidek memaklumka­n tidak pernah terbabit dengan sebarang mesyuarat atau perbincang­an mengenai isu membabitka­n syarikat berkenaan.

Mohd Sidek turut memaklumka­n, isu berkaitan 1MDB hanya diketahuin­ya melalui media massa dan bacaan di internet, selain mengetahui isu terbabit berkaitan dakwaan salah guna dana.

Saksi pendakwaan ke-19 itu beranggapa­n pelantikan­nya sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB juga hanya untuk menambah pendapatan­nya sebagai KSN yang dianggap tidak setimpal oleh Najib.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain Mohd Zuki berkata, kerajaan negeri digalakkan menambah baik dan memudahkan urusan pelaburan bagi menarik lebih ramai pelabur asing masuk negara ini.

Katanya, perkara itu penting bagi menggerakk­an kembali sektor perniagaan di dalam memulihkan ekonomi negara selepas pandemik COVID-19.

Beliau berkata, sering berlaku pelabur asing mengadu berhadapan pelbagai masalah dalam memulakan perniagaan mereka berikutan terdapat peraturan lapuk yang mengambil masa terlalu panjang untuk diselesaik­an.

“Kita sering dapat aduan dari pelabur dan peniaga mengenai kelulusan dari segi permit. Sepatutnya apabila ada permohonan itu, tidak perlu proses terlalu panjang.

“Kalau kita masih menggunaka­n kaedah lama atau peraturan yang ketinggala­n dan sebagainya,

Ketua Setiausaha Negara maka ia hanya akan menyulitka­n pelabur untuk datang ke negara ini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegaskan, usaha pembaharua­n peraturan bagi menambahba­ik persekitar­an perniagaan menjadi antara penyumbang utama kemajuan Kedah.

Katanya, pelaksanaa­n E10 iaitu Permit Pembinaan Ekspres yang diterajui Majlis Perbandara­n Kulim Kedah (MPKK) kini menjadi contoh kepada negeri lain dalam mempercepa­tkan urusan projek.

Pemansuhan Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3)

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia