Berita Harian

Andalusia sasar uruskan 60,000 jemaah haji, umrah

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail bhnews@bh.com.my

Terima permintaan luar jangkaan selepas perjalanan dibenar sejak Oktober tahun lalu

Kuala Lumpur: Pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menyasarka­n untuk menguruska­n kira-kira 60,000 jemaah haji dan umrah bagi musim 1444H dengan nilai jualan pakej mencecah RM300 juta.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-undangnya, Ida Riswana Idris, berkata pihaknya yakin jumlah itu mampu dicapai berdasarka­n sambutan menggalakk­an diterima daripada pelanggan sejak perjalanan umrah dibenarkan semula sejak Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, keputusan kerajaan Arab Saudi melonggark­an prosedur operasi standard (SOP) umrah dari semasa ke semasa bagi memudahkan umat Islam beribadat di Tanah Suci menyebabka­n permintaan luar jangkaan jemaah.

“Selepas hampir dua tahun cabaran pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada syarikat pelanconga­n, kita berjaya menguruska­n 14,000 jemaah umrah bagi musim 1443H walaupun dalam tempoh yang singkat.

“Susulan keadaan di Tanah Suci yang hampir kembali ke keadaan asal sebelum pandemik, kita menerima permintaan luar jangkaan daripada pelanggan. Berikutan itu bagi musim 1444H, sasaran untuk uruskan 60,000 jemaah umrah diharap mampu dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatan­gani perjanjian penerbanga­n Malaysia Airlines A330-200 antara Andalusia dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) bagi musim 1444H di sini, semalam.

Perjanjian dimeterai bagi membawa 34,000 jemaah umrah menerusi penerbanga­n terus ke

Madinah bermula Ogos ini hingga Mei 2023.

Kerjasama itu juga bagi membantu agensi pelanconga­n lain yang terkesan akibat pandemik untuk meneruskan perniagaan mereka secara perkongsia­n tiket dan ground di Makkah dan Madinah.

Selain Malaysia Airlines, Andalusia turut menggunaka­n Saudi Airlines dan Turkish Airlines bagi urusan penerbanga­n jemaah.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Amal by Malaysia Airlines, Muhammad Najmi Mansor yang mewakili MAB.

Ida berkata, kerjasama dengan MAB diharap membuka semula peluang pekerjaan dan memacu kembali sektor pelanconga­n.

“Ia juga diharap memberi keyakinan kepada institusi kewangan bidang perkhidmat­an umrah akan kembali sebagai satu industri yang menjana pendapatan dan menyumbang kepada ekonomi negara.

“Kita juga mendapat maklum balas yang baik daripada jemaah yang berpuas hati dengan perkhidmat­an serta hospitalit­i disediakan Malaysia Airlines,” katanya yang turut memaklumka­n kerjasama antara Andalusia dan MAB dijalin sejak 2016.

Katanya, bagi persiapan menghadapi pemulihan industri, pihaknya juga sudah mengambil langkah mengiklank­an pengambila­n 100 pekerja baharu.

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ?? Ida Riswana dan Muhammad Najmi bertukar dokumen perjanjian persefaham­an di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) Ida Riswana dan Muhammad Najmi bertukar dokumen perjanjian persefaham­an di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia