Berita Harian

Bekas ADUN Sedili mengaku tak bersalah

- Oleh Essa Abu Yamin bhnews@bh.com.my

Rasman didakwa cabul mangsa dalam MPV Januari lalu

Muar: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun, Januari lalu.

Rasman, 54, didakwa di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Dia didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap wanita itu dengan maksud untuk mencabul kehormatan mangsa dalam sebuah kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire di daerah ini, kira-kira jam 5 petang, 13 Januari lalu.

Rasman yang juga Ketua BERSATU Bahagian Kota Tinggi didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana daripada dua seksaan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia