Berita Harian

Kebakaran Pasar Datuk Keramat tiada unsur khianat

-

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos menawarkan jaminan RM5,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanap­un, peguam Muhammad Mohd Nasir dan Muhammad Izzad Syafiq Ismail memohon jaminan dikurangka­n dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama sepanjang siasatan polis sebelum Amalina membenarka­n Rasman diikat jamin RM4,000.

Mahkamah menetapkan 3 Julai depan sebutan semula kes dan serahan dokumen, disusuli 16 hingga 18 Ogos bagi perbicaraa­n.

Rasman memenangi kerusi DUN Sedili pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket Barisan Nasional (BN) mewakili UMNO sebelum keluar parti untuk menyertai BERSATU selepas kekalahan BN pada peringkat negeri dan Pusat.

Kuala Lumpur: Punca kebakaran di Pasar Datuk Keramat, di sini, kelmarin, tidak menjurus kepada perbuatan khianat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi, berkata hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada unsur yang dikesan menjurus ke arah perbuatan itu.

“Hasil pemeriksaa­n dilakukan pihak forensik (bomba) dan Unit Anjing Pengesan (K9) di tempat kejadian mendapati tiada bahan bakar dikesan yang menjurus kepada perbuatan khianat.

“Bagaimanap­un, kita masih menunggu laporan penuh bagi menentukan punca sebenar insiden itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, semakan awal dilakukan pihaknya mendapati ada sedikit kekeliruan dari segi bekalan dan penyambung­an pendawaian elektrik di lokasi itu yang memerlukan siasatan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan, Pasar Keramat terbakar lagi, awal pagi kelmarin, selepas kejadian sama berlaku di kawasan berkenaan pada 17 Mac tahun lalu membabitka­n lebih 40 kedai dijilat api.

Dalam kejadian itu, Nordin dilaporkan berkata, pihaknya tidak menemui sebarang faktor yang boleh membawa kepada perbuatan sabotaj sebagaiman­a didakwa segelintir pihak melalui media sosial.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Rasman (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Muar, semalam.
(Foto BERNAMA) Rasman (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Muar, semalam.
 ?? ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia