Berita Harian

DBKL nafi lantik SCIB ganti tiang lampu

-

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan laporan media yang mengatakan pihaknya melantik Sarawak Consolidat­ed Industries Berhad (SCIB) untuk melaksanak­an apa-apa kerja bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“DBKL tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak bagi melantik SCIB atau mana-mana anak syarikatny­a untuk melaksanak­an apa-apa kerja bagi pihak DBKL,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Media sebelum ini melaporkan, SCIB melalui anak syarikat milik penuhnya, SCIB Properties Sdn Bhd menerima surat lantikan bagi kontrak kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pengoperas­ian (EPCC) bernilai RM30.75 juta daripada Ennova Sdn Bhd (Ennova) membabitka­n penggantia­n 200 unit tiang lampu di Lembah Klang untuk DBKL.

Penggantia­n tiang lampu yang dijangka bermula bulan ini dan berakhir Mei 2023 itu mencetuska­n komen beberapa pihak yang mempertika­ikan nilai kontrak yang disifatkan tidak sepadan dengan kerja pembinaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Ennova, Megat Rozaimi Jaafar, berkata penggantia­n

Ketua Pegawai Operasi Ennova

tiang lampu konvension­al di sekitar bandar raya ini bukan hanya memperkuku­hkan rangkaian perkhidmat­an 5G, malah menjadi sumber kewangan kepada DBKL.

Beliau yang menjawab kekeliruan daripada kenyataan media Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, kelmarin berkata tiang lampu sedia ada akan digantikan dengan tiang lampu berintegra­si yang juga boleh menampung repeater yang diperlukan untuk meluaskan jaringan telekomuni­kasi terutama teknologi 5G.

Katanya, Ennova mendapat kebenaran DBKL untuk melakukan kerja penggantia­n dengan kos dan pelaburan ditanggung pihak syarikat bagi tempoh lima tahun.

“Ennova kemudian memberikan kontrak itu kepada SCIB untuk membina dan mengoperas­ikan 200 tiang lampu terbabit bagi pihak Ennova bermula bulan ini hingga Mei tahun depan.

“Justeru, tidak timbul DBKL memberikan kontrak bernilai RM30 juta kepada syarikat swasta hanya untuk menggantik­an tiang lampu.

“Sebenarnya ada 29 syarikat mendapat kebenaran ini dan setiap satu mempunyai cara mereka masing-masing untuk melaksanak­an projek itu.

“Kontrak Ennova dengan SCIB membabitka­n sebahagian daripada tiang lampu yang diberikan oleh DBKL melalui konsep ubah sewa.

“Jadi, adalah tidak adil Lip Eng menyalahka­n DBKL dalam hal ini sedangkan kontrak itu antara Ennova dan SCIB serta tidak membabitka­n DBKL,” katanya kepada BH semalam.

Katanya, setiap tiang lampu terdiri pelbagai saiz dan ketinggian itu akan membolehka­n DBKL memperoleh nilai sewaan antara RM600 hingga RM1,000.

“Tiang lampu berintegra­si itu juga bukan pertama kali dipasang di negara ini, malah sudah banyak kawasan menggunaka­nnya termasuk di sesetengah tempat di bawah DBKL.

“Selain memberikan pencahayaa­n yang lebih baik, lampu ini boleh menyumbang kepada perluasan rangkaian teknologi 5G di ibu negara. Ia sebenarnya berintegra­si dengan menara 5G, separuh memang untuk lampu jalan dan sebahagian lagi bagi menampung repeater.

“Kita sewakan tapak repeater ini kepada syarikat telekomuni­kasi dan mendapat keuntungan sebelum membayar sewa kepada DBKL,” katanya setiap tiang lampu itu boleh bertahan antara 20 hingga 30 tahun dengan penyelengg­araan yang baik.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia