Berita Harian

9 kenderaan musnah bengkel terbakar

-

Kuala Lumpur: Sembilan kereta dan motosikal musnah sepenuhnya dalam kebakaran sebuah bengkel membabitka­n 18 kenderaan di Jalan Kelang, Kampung Tengah, Puchong, di sini, malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata baki sembilan kereta mengalami kerosakan akibat terbakar, iaitu empat daripadany­a terjejas 20 peratus dan lima lagi 15 peratus.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan insiden di bengkel membaiki kenderaan itu jam 11.45 malam sebelum dua pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya serta BBP Puchong bergegas ke lokasi.

Katanya, anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati kebakaran membabitka­n sebuah lot bengkel kelas A.

“Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran sebelum meneruskan kerja memadamkan api.

“Kebakaran menyebabka­n bengkel itu musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau bagaimanap­un berkata, kejadian itu tidak membabitka­n mangsa dan operasi memadam kebakaran selesai jam 3.20 pagi.

“Kita masih menyiasat punca sebenar kebakaran, manakala jumlah sebenar kerugian belum dapat dipastikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia