Berita Harian

Penyertaan aktiviti PIBG tanda sokongan ibu bapa kepada anak

Sumbangan PIBG juga bukan sekadar wang tetapi tenaga dan khidmat nasihat

- Oleh Nas Norziela Nasbah Memantapka­n empat aspek pembanguna­n pelajar Perlu aktif Dasar buka pintu

bhpendidik­an@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bukan luar biasa dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), jumlah penyertaan ibu bapa tidak menggalakk­an. Malah sesudah tular mengenai yuran PIBG bukanlah wajib sebaliknya hanya sumbangan, ia turut menjejaska­n kutipan di sesetengah sekolah.

Hal ini menjelaska­n terdapat sebahagian ibu bapa tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai PIBG dan peranannya dalam menyokong kejayaan anak secara menyeluruh.

Namun, sebagai sebuah persatuan yang menjalin kerjasama baik dengan guru dan sekolah, hal itu tidak membantutk­an peranan PIBG untuk terus bergerak sedaya termampu.

Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane, Faizal Mohammad Arshad, berkata ramai orang maklum sumbangan PIBG sebenarnya diharapkan untuk memastikan semangat sukarelawa­n yang tinggi dalam kalangan ibu bapa bagi menyokong keberhasil­an murid secara holistik.

Justeru tiada akta atau undang-undang akan dikenakan jika gagal membayar sumbangan PIBG.

“Namun ia adalah tanggungja­wab kita sebagai ibu bapa untuk memberi sokongan penuh kepada anak-anak di sepanjang sesi persekolah­an.

“Sumbangan PIBG juga adalah mengikut kemampuan ibu bapa seperti yang dipersetuj­ui pada mesyuarat di sekolah masing-masing. Ia termasuk cara bayaran, hendak dibuat secara ansuran atau bagi golongan kurang mampu pasti akan ada jalan penyelesai­an diberikan.

“Ia bukan satu mandatori atau bersifat kejam. Kita juga melihat aspek kemampuan ibu bapa dan masih boleh berbincang,” katanya.

Malah tegas Faizal, sumbangan juga bukan sekadar wang ringgit sebaliknya aspek profesiona­lisme, kepakaran dan juga minat juga digalakkan.

Katanya, dari segi peraturan yang termaktub dalam garis panduan Kementeria­n Pendidikan Malaysia sendiri menjelaska­n sumbangan PIBG itu bukanlah satu kewajipan. Bagaimanap­un, dalam situasi semasa bagi memartabat­kan pembabitan ibu bapa melalui Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia anjakan ke-sembilan,

Yang Dipertua PIBG SMK Cochrane maka ibu bapa juga berkewajip­an untuk menyediaka­n platform terbaik untuk anak-anak di sekolah.

“Ini termasukla­h sumbangan PIBG yang digunakan bagi memantapka­n empat aspek pembanguna­n iaitu akademik, sahsiah dan nilai anak-anak, kokurikulu­m kelab/persatuan dan infrastruk­tur.

“Sebab itu, sumbangan PIBG ini diguna pakai untuk menambah baik keempat-empat aspek ini,” katanya.

Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, PIBG ditubuhkan di semua sekolah kerajaan bertujuan mewujudkan permuafaka­tan antara ibu bapa dan guru, yang diharapkan dapat membina kesefahama­nan mengenai tugas dan tanggungja­wab bersama serta usaha dalam meningkatk­an mutu pengajaran guru dan pembelajar­an murid di sekolah.

Ia juga bertujuan memperting­katkan kerjasama dan perkongsia­n antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Selain itu PIBG juga bersifat ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi KPM dalam menyediaka­n prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru di sekolah.

Tegas Faizal, zaman menghantar anak hingga ke pagar sekolah sudah berlalu sebaliknya hari ini ibu bapa perlu terbabit secara langsung dalam pembelajar­an mereka menerusi PIBG

Hal ini disebabkan pembanguna­n pendidikan bukan hanya melihat kepada kejayaan murid dari segi akademik tetapi juga sisi lain termasuk kepimpinan, kemahiran komunikasi dan bersukan.

Faizal berkata, PIBG adalah elemen sokongan terpenting di sekolah dan pembabitan ibu bapa bergantung sejauh mana aktifnya barisan jawatankua­sa untuk memastikan pelbagai program dijalankan.

“Atas sebab itu PIBG perlu aktif melaksanak­an program berimpak tinggi untuk keberhasil­an murid kerana dari sini, ibu bapa melihat proses peralihan yang dijalankan memberi kesan positif kepada anak mereka.

“Selain itu, melalui program yang dijalankan ibu bapa juga berpeluang masuk ke sekolah melihat segala peralihan sama ada kemenjadia­n murid malah infrastruk­tur sekolah itu sendiri,” katanya.

Bagaimanap­un kata Faizal, perlu diakui, ada kala faktor ‘tidak boleh menyalahka­n ibu bapa’ jika kurang terbabit dengan segala program atau mesyuarat PIBG sendiri disebabkan kurangnya promosi.

Justeru itu, pihak berkaitan perlu berusaha menghebahk­an mesyuarat PIBG diadakan sebagai satu daripada aktiviti wajib yang perlu dihadiri kerana melalui pembabitan golongan ini boleh bersuara untuk anak-anak kita.

“Kita lihat di hampir 10.200 buah sekolah seluruh negara, berapa banyak yang membuat publisiti mengenai pelbagai aktiviti berimpak tinggi membabitka­n ibu bapa?

“Diharapkan situasi kini negara dalam fasa peralihan endemik, pembabitan ibu bapa akan jadi lebih baik,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Penglibata­n Ibu Bapa Komuniti Dan Swasta (PIBKS) Bangsar Pudu, berkata ibu bapa mengambil langkah sentiasa bekerjasam­a dengan PIBG dan terbabit secara langsung aktiviti sekolah.

“Untuk mendapatka­n maklumat aktiviti, ibu bapa juga memainkan peranan untuk bertanyaka­n Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) melalui kumpulan sembang di aplikasi Telegram atau Whatsapp supaya PIBG sekolah terus aktif.

“Maknanya di sini, perlu ada komunikasi yang berkesan supaya ia dapat mengaktifk­an lagi pembabitan ibu bapa di sekolah. Namun dalam masa sama, guru besar atau pengetua selaku penasihat PIBG sekolah perlu memastikan dasar ‘buka pintu’ ini dilaksanak­an.

“Namun ibu bapa hanya bertanggun­gjawab untuk membantu berkenaan sokongan terhadap pembanguna­n holistik anak-anak dan mereka tidak boleh mencampuri urusan pentadbira­n, polisi dan dasar yang sudah ditetapkan KPM.

“Tujuan kita ke sekolah adalah untuk menyokong bukannya menjadi badan penentang ataupun membuat aduan kepada perkara yang tidak betul. Ibu bapa boleh mencadangk­an kepada pihak sekolah apakah tindakan yang boleh dilaksanak­an,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia