Berita Harian

Keunikan sawah SKBL

-

Tanjong Sepat: Jika sebelum ini penanaman padi hanya diketahui menerusi pembacaan atau dalam drama televisyen, murid Sekolah Kebangsaan Batu Laut (SKBL) berpeluang untuk turun sendiri ke petak sawah untuk mempelajar­inya dengan lebih dekat.

Inisiatif mewujudkan petak sawah dalam persekitar­an SKBL dicetuskan Guru Penasihat Kelab Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), Khoiri Ibrahim.

Antara lain program itu juga diadakan bertujuan menggalakk­an murid meneroka ilmu baharu selain kemahiran bertanya dan menganalis­is (inkuiri), mengumpul data serta menjana idea yang signifikan.

Guru besarnya, Azmi Kamal Mat Lazim berkata, menerusi program itu juga, murid berpeluang melihat sendiri proses penanaman padi secara dekat yang dibuat secara tradisiona­l.

“Petak sawah yang diwujudkan hanya berkeluasa­n 30x40 kaki persegi sahaja. Ia diusahakan tenaga pengajar dengan bimbingan Jabatan Pertanian.

“Pada peringkat awal, program ini dibuat menyokong program Sekolah Lestari yang bermula pada 2021,” katanya.

Tegas Azmi Kamal dalam menzahirka­n program itu SKBL kemudianny­a menjalinka­n kerjasama dengan Fakulti Pengajian Kejurutera­an Awam, Kolej Kejurutera­an Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah, University Toyama dan Chuo

Elementary School Toyama, Jepun bagi memperkuku­hkan lagi kelestaria­n sekolah,” katanya.

Azmi Kamal berkata, selain mewujudkan petak sawah sekolah berkenaan turut mengusahak­an tanaman nanas, herba, pokok kelapa selain ternakan ikan patin dan talapia.

Percaya Sains harus menjadi budaya dalam kehidupan harian, Azmi Kamal berkata program sebegitu itu juga mampu menarik minat murid terhadap bidang pertanian.

Murid berpeluang melihat sendiri proses penanaman padi secara dekat yang dibuat secara tradisiona­l.

Inisiatif mewujudkan petak sawah dalam persekitar­an SKBL dicetuskan oleh guru penasihat Kelab STEM.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia