Berita Harian

Radiance labur RM1.1B tingkat bekalan daging segar tempatan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Syarikat majukan ekosistem operasi lengkap termasuk proses pembakaan, rangkaian kedai zaky@bh.com.my

Radiance Assets Bhd, menerusi anak syarikatny­a Radiance Agrotech Sdn Bhd rancang melabur RM1.1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membangunk­an ekosistem lengkap lembu daging untuk pasaran tempatan.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Dr Mohd Ezman Zamani, berkata rancangan pelaburan mega dan terpenting syarikat dalam memastikan bekalan daging lembu segar di Malaysia kekal mencukupi dan lebih murah itu dijangka akan mengurangk­an kebergantu­ngan Malaysia kepada daging lembu import yang merangkumi lebih 70 peratus bekalan di Malaysia.

Beliau berkata, pelaburan yang akan disuntik oleh pelabur budiman tempatan dan antarabang­sa itu membolehka­n Radiance Agrotech membina ladang ternakan berskala besar di Tanjung Malim dan Tapah, Perak dengan membawa masuk 18,000 lembu baka Brazil sebagai permulaan dengan sasaran tiga hingga lima tahun untuk menternak 30,000 hingga 50,000 lembu dan 250,000 ekor dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Katanya, selain membawa masuk lembu baka Brazil, Radiance Agrotech akan membina ladang untuk proses pembakaan, pusat penyembeli­han, pemasaran menerusi rangkaian kedainya Redi Meat dan pembayaran tanpa tunai, Redi Pay dan penghantar­an, Redi Ride.

“Kami dianugerah­kan tanah luas oleh kerajaan Perak di Tanjung Malim dan Tapah bagi membangunk­an ekosistem lembu daging yang lengkap untuk memperkuku­hkan aspek keselamata­n makanan di Malaysia.

“Radiance Agrotech akan membawa masuk baka Brazil sehingga 50,000 ternakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk memenuhi permintaan tempatan dan melalui proses pembakaan, bagi memastikan bekalan sentiasa cukup.

“Kami juga akan menggunaka­n teknologi penternaka­n yang terbukti berjaya dari Belanda untuk menguruska­n ladang dengan cara terbaik dan selamat, sekali gus akan membebaska­n lembu daripada isu penyakit kuku dan mulut kerana semua kitaran aspek dilaksanak­an di ladang,” katanya kepada BH.

Setakat 2020, Malaysia bergantung 78.2 peratus import daging dan angka itu tidak banyak berubah setakat ini.

Keadaan menjadi lebih parah jika krisis makanan meruncing di seluruh dunia yang mungkin menyaksika­n negara pengekspor­t menyekat import dari Malaysia, seterusnya menyebabka­n kurang bekalan dan harga melambung tinggi.

Mohd Ezman berkata, projek yang sudah bermula secara berperingk­at itu tidak hanya membantu meningkatk­an bekalan daging tempatan, malah dapat mengurangk­an harga sehingga 20 peratus, memandangk­an semua proses dilaksanak­an Radiance Agrotech.

“Menerusi projek ini, kami menjangkak­an harga pasaran daging lembu segar mampu berkurang sehingga 20 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, berbanding sekarang dan kami mengharapk­an penurunan harga adalah lebih besar.

“Kami akan mewujudkan ekosistem lengkap di mana tiada lagi campur tangan orang tengah. Dalam tempoh berkenaan (tiga hingga lima tahun), kami rancang mewujudkan 1,000 kedai Redi Meat di seluruh negara bagi menawarkan jualan daging segar sepanjang hari,” katanya.

Buat masa ini Radiance Agrotech sedang menubuhkan pasukan penghantar­an dikenali Redi Ride untuk menghantar pesanan pelanggan, manakala perkhidmat­an pembayaran tanpa tunai Redia Pay sudah beroperasi, sementara satu cawangan Redi Meat tersedia di Rawang, Selangor.

Ketika ini, Radiance Agrotech

Ladang lembu daging Redifarm milik Radiance Agrotech.

Pengerusi Eksekutif Radiance Assets Bhd beroperasi merangkumi ladang ternakan dan pusat penyembeli­han di Bangi, Selangor dan Labis, Johor.

Beliau menjelaska­n, bersandark­an potensi untuk berkembang dalam perniagaan penternaka­n lembu sehingga pengeluara­n daging lembu segar dan aspek pemasaran yang akan menyokong operasi Radiance Assets, syarikat bercadang menyenarai­kan sahamnya di Bursa Malaysia dan bursa saham lain bagi mengukuhka­n lagi jenama terbabit.

Radiance Assets adalah sebuah syarikat pelaburan patuh syariah dengan mandat melabur dan membina penyelesai­an inovatif yang mampan.

 ?? (Foto ihsan Radiance Agrotech) ??
(Foto ihsan Radiance Agrotech)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia