Berita Harian

Peraturan perdaganga­n perlu paradigma baharu

-

Peraturan perdaganga­n perlu diperkenal­kan merangkumi paradigma baharu abad ke-21 bagi memastikan pertumbuha­n lebih pantas dan adil bagi ekonomi di rantau ini, selain memupuk keterangku­man dan kemakmuran bersama.

Gesaan itu dibuat Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada mesyuarat tidak rasmi Rangka Kerja Ekonomi Indo-pasifik untuk Kemakmuran (IPEF) yang diadakan di Paris, di mana 13 negara rakan kongsi lain turut mengambil bahagian.

Pada mesyuarat yang dipengerus­ikan Wakil Perdaganga­n Amerika Syarikat (AS), Katherine Tai, Mohamed Azmin mengulangi pendirian Malaysia bahawa rangka kerja itu sememangny­a alat diplomasi ekonomi yang penting dalam menjalin hubungan lanjut antara AS dan rantau Indo-pasifik.

Beliau menegaskan, ketika dunia bergerak ke arah penumpuan isu yang lebih besar di seluruh dunia, kepentinga­n strategik dan ekonomi IPEF terletak pada pengukuhan ekosistem perdaganga­n rantau ini, memberikan dorongan untuk melonjakka­n pembabitan dan kerjasama ekonomi.

“Masanya sudah tiba untuk memulakan paradigma baharu abad ke-21 bagi memastikan pertumbuha­n lebih pantas dan adil bagi ekonomi di rantau ini, serta memupuk keterangku­man dan kemakmuran bersama,” katanya.

Mengenai tonggak perdaganga­n, prinsip utama di bawah kebimbanga­n keutamaan IPEF, Mohamed Azmin menggesa penyelesai­an bersama isu perdaganga­n melalui perundinga­n dan dialog kerana pendekatan sedemikian akan lebih menyeluruh.

Beliau mencadangk­an proses rundingan lebih dinamik dan komprehens­if harus diberi untuk memastikan penggunaan peraturan dan peruntukan memberi keadilan serta hasil saksama.

“Ini penting memandangk­an perbezaan dalam status pembanguna­n sosioekono­mi dalam kalangan rakan kongsi,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, rakan kongsi IPEF juga telah dimaklumka­n mengenai kemajuan Malaysia dalam meratifika­si konvensyen mengenai amalan buruh.

Katanya, ia termasuk Protokol ILO 29 dan pengenalan pelbagai perundanga­n, dengan yang terbaru meluluskan Akta Pekerjaan (Pindaan) 2021 pada 30 Mac 2022 bagi melindungi hak pekerja asing, termasuk pencegahan buruh paksa, pembayaran gaji melalui akaun bank dan perlindung­an kepada semua pekerja.

“Pihak berkuasa Malaysia juga mengambil tindakan proaktif dengan memperting­katkan penguatkua­saan dan langkah berkanun untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang serta peraturan buruh antarabang­sa, khususnya Akta Piawaian Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia