Berita Harian

Cukai Makmur mampu jana RM10B untuk kerajaan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Kutipan dijangka membabitka­n tidak lebih 250 syarikat

Kerajaan dijangka menjana pendapatan tambahan sehingga RM10 bilion tahun ini menerusi pelaksanaa­n Cukai Makmur yang dikenakan ke atas tidak lebih 250 syarikat di Malaysia.

Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Dr Anthony Dass, berkata pendapatan cukai tambahan itu lima hingga 15 peratus lebih tinggi berbanding RM63.75 bilion cukai korporat yang dikutip pada 2019; enam hingga 20 peratus berbanding RM50 bilion yang dikutip ketika pandemik melanda negara pada 2020 dan tambahan daripada kutipan RM65.5 bilion tahun ini.

“Cukai Makmur dijangka membabitka­n tidak lebih 250 syarikat. Anggaran cukai yang memberikan tambahan kepada pendapatan kerajaan adalah sekitar RM3 bilion hingga RM10 bilion tahun ini.

“Berbanding anggaran perolehan hasil kerajaan RM234 bilion tahun ini, tambahan RM3 bilion hingga RM10 bilion kutipan cukai one-off ini hanya merangkumi antara 1.3 hingga 4.3 peratus,” katanya kepada BH.

Cukai Makmur yang dicadangka­n menerusi pembentang­an Bajet 2022 adalah cukai khas sekali saja, di mana syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus.

Pendapatan bercukai selebihnya pula dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022.

Sementara itu, Dass yang juga Ketua Penyelidik Ambank Research dan Setiausaha Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), berkata ada keperluan menimbang semula lanjutan pengecuali­an cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) untuk kereta penumpang, yang akan berakhir hujung bulan ini.

Namun beliau berkata, walaupun lanjutan boleh dilihat dari sudut positif, cabaran daripada pelaksanaa­nnya kelak turut menyukarka­n pengeluar kereta untuk

Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group membuat sebarang perancanga­n ke hadapan.

“Ia (lanjutan) akan menyukarka­n pembuat kereta untuk meramal dan melakukan perancanga­n ke hadapan.

“Ini pasti memberi kesan kepada aliran perancanga­n dan jumlah pesanan kerana ia memerlukan sekitar enam bulan lebih awal. Apabila ada lanjutan, tingkah laku bakal pembeli sekali lagi akan terganggu,” katanya.

Dass menjelaska­n, jualan kenderaan pada suku kedua 2022 kukuh selepas pelanggan mengambil kesempatan daripada baki tempoh pengecuali­an SST.

Justeru, beliau berkata, pengeluar kereta meningkatk­an pengeluara­n dengan sebaik mungkin di tengah kekurangan cip dan alat ganti bagi membantu pelanggan memanfaatk­an pengecuali­an SST sebelum ia berakhir.

Katanya, permintaan menggalakk­an serta gangguan rantaian bekalan yang disebabkan kekurangan global dalam alat ganti semikonduk­tor, di samping banjir Disember 2021 mengakibat­kan penghantar­an kereta terjejas

“Gangguan dalam rantaian bekalan mengakibat­kan tempoh menunggu luar biasa lama untuk banyak model popular iaitu sekitar empat hingga lima bulan, kadangkala sehingga enam bulan untuk kebanyakan model tempatan dan asing yang lain.

“Masalah ini bukan hanya berlaku Malaysia, malah gangguan bekalan juga dialami di seluruh dunia dari Amerika Syarikat (AS) ke Eropah, Jepun dan Australia.

“Keadaan itu juga menyebabka­n harga kereta terpakai di banyak negara meningkat kerana peniaga tidak mempunyai kereta baharu mencukupi untuk memenuhi permintaan,” katanya.

Inisiatif pengecuali­an cukai jualan ke atas kenderaan penumpang termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan utiliti sukan (SUV) bagi model pemasangan tempatan (CKD) serta import sepenuhnya (CBU) diperkenal­kan kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020, berkuat kuasa mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Ia merangkumi pengecuali­an cukai jualan 100 peratus bagi model CKD dan 50 peratus bagi model CBU.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia