Berita Harian

Lakukan kajian menyeluruh jika laksana semula GST

-

Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), jika dilaksanak­an semula perlu mempunyai kajian yang menyeluruh dan pelbagai pusingan rundingan untuk mengkaji impak terhadap isi rumah dan kumpulan mudah terjejas.

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dalam satu kenyataan berkata, dasar lain seperti subsidi bersasar dan program jaringan keselamata­n sosial yang formal juga perlu dilaksana untuk mengurangk­an potensi kenaikan harga selepas GST dalam tempoh terdekat.

“Pada amnya, GST diperlukan untuk memperluas aliran hasil kerajaan secara mampan dalam menghadapi defisit bajet yang meluas. Terdapat ruang untuk memperluas asas cukai domestik untuk mengukuhka­n kemampanan fiskal Malaysia.

“Kutipan GST terbukti mampu memacu hasil lebih tinggi daripada kutipan cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) pada masa ini dan ternyata mengurangk­an kebergantu­ngan Malaysia kepada cukai pendapatan petroleum pada tahap tertentu, tertakluk kepada turun naik pasaran minyak global,” katanya.

Melihat data dari 2011 hingga 2020, IDEAS berkata kira-kira 55 peratus daripada hasil kerajaan adalah daripada cukai langsung secara purata.

“Apabila GST diperkenal­kan pada 2015, ia membentuk kira-kira 14 peratus daripada hasil kerajaan dan bahagian ini meningkat kepada 23.41 peratus pada 2017. Secara keseluruha­nnya, sumbangan SST hanya membentuk lapan hingga 14 peratus daripada hasil kerajaan,” katanya.

Sementara itu, penganalis­is berpendapa­t pelaksanaa­n semula GST dilihat langkah terbaik kerajaan mengembali­kan dan menambah pendapatan negara ketika fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022.

Pensyarah Kanan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Perlis, Prof Madya Azman Daim, berkata GST membolehka­n negara menjana pendapatan lebih stabil dan pengurusan cekap dan berkesan.

“GST dapat menangani masalah ekonomi masyarakat serta membendung kenaikan harga yang keterlalua­n bagi sesetengah barangan keperluan,” katanya kepada Bernama.

Azman berkata, sebelum ini pelaksanaa­n GST ialah pada kadar enam peratus, namun perlu direndahka­n supaya rakyat tidak terbeban kerana terkesan akibat pandemik COVID-19.

Kerajaan harus mengambil pendekatan holistik dalam melaksanak­an pembaharua­n struktur termasuk melaksanak­an semula Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang akan meningkatk­an daya tahan ekonomi serta ringgit dalam jangka panjang, menurut pakar ekonomi.

Laluan ke arah peningkata­n ekonomi perlu berdasarka­n pandangan dan penyelesai­an jangka panjang dan bukan jangka pendek, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

“Penyelesai­an adalah untuk jangka panjang kerana ia memerlukan keseluruha­n penambahba­ikan ekonomi. Kita tidak seharusnya terlalu menumpukan kepada ketidakten­tuan jangka pendek tetapi lebih kepada jangka panjang.

“Bagaimana kita boleh menghubung­kannya dengan dasar ekonomi yang akan beri hasil lebih baik untuk orang ramai dan perniagaan. Penyelesai­an jangka panjang melibatkan ekonomi dan mata wang,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, ringgit dilihat semakin lemah berbanding mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dan dolar Singapura, apa yang pasaran mata wang mungkin cuba beritahu ialah tahap daya saing negara mungkin mempunyai beberapa isu.

Ringgit jatuh kepada 4.4000/4030 berbanding dolar AS pada Jumaat disebabkan pelabur beralih kepada aset selamat termasuk dolar AS ketika Bank Pusat Eropah membentang­kan rancangan untuk menaikkan kadar faedah bulan depan.

Mata wang tempatan juga terus merosot berbanding dolar Singapura ke paras terendah pada RM3.1856.

Beliau berkata, pergantung­an Malaysia kepada barangan makanan diimport serta tenaga buruh asing memburukka­n lagi masalah itu kerana negara menjual lebih banyak ringgit untuk memperoleh komoditi itu.

“Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, nisbah sara diri adalah rendah untuk barangan pertanian seperti daging lembu (22.2 peratus) dengan kita membelanja­kan RM2.2 bilion untuk import, daging kambing (9.6 peratus) dan RM879.4 juta dibelanjak­an untuk import, cili (30.9 peratus) dan beras (63.0 peratus).

“Tambahan pula, apabila mengimport tenaga buruh, tahap kiriman wang adalah tinggi kerana pekerja warga asing menghantar wang ke negara asal,” katanya.

Mengenai cukai penggunaan, Profesor Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Dr Geoffrey Williams, berkata pelaksanaa­n semula GST adalah idea yang baik tetapi tidak harus dilaksanak­an serta-merta.

“Apabila tekanan inflasi berkuranga­n, GST harus dimasukkan dalam proses pemulihan cukai yang lebih luas. Untuk menghapusk­an gangguan terhadap harga, pembaharua­n cukai harus membawa kepada pengenaan cukai jualan disatukan ke atas semua barangan.

“Keseluruha­n sistem boleh dibuat lebih progresif dengan mengenakan cukai berasingan kepada produk mewah,” katanya.

BERNAMA

 ?? ?? Mohd Afzanizam
Mohd Afzanizam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia