Berita Harian

Empat telco utama belum pasti sertai 5G

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Larangan struktur penetapan harga borong cetus pertikaian zaky@bh.com.my

Masih tiada jaminan bahawa empat syarikat telelomuni­kasi utama (telco) iaitu Celcom, Maxis, Digi dan U-mobile akan memeterai perjanjian borong 5G atau memperoleh kepentinga­n dalam Digital Nasional Bhd (DNB) menjelang tarikh akhir hujung bulan ini.

Penganalis­is RHB Research, Jeffrey Tan, berkata sudah lebih dua bulan sejak kerajaan membuat keputusan untuk mengekalka­n model rangkaian borong tunggal (SWN) dan menerbitka­n dokumen akses rujukan menerusi DNB.

“Bahagian utama yang mencetuska­n pertikaian adalah berhubung larangan struktur penetapan harga borong (perjanjian selama 10 tahun), keupayaan untuk ‘mempengaru­hi’ langkah membuat keputusan dan justifikas­i pelaburan mereta tanpa kepentinga­n majoriti dalam DNB,” katanya dalam satu nota penyelidik­an.

Tan berkata, ketika membentang­kan keputusan kewangan suku pertama 2022 baru-baru ini, Axiata berkata ia akan dapat memenuhi tarikh akhir tawaran berkenaan.

“Ia juga tidak pasti jika kerajaan akan mengalah kepada cadangan oleh telco untuk mendapatka­n kawalan majoriti DNB, dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia (Tan Sri Annuar Musa) berkata, keputusan berhubung perkara itu masih belum diambil.

“Tiada kata putus mengenai SWN terus menjadi penghalang utama sektor ini, dengan telco Malaysia mencatatka­n prestasi terburuk dalam kalangan telco di ASEAN-4 setakat tahun ini,” katanya.

Kerajaan, menerusi Kementeria­n Kewangan pada 16 Mac lalu bersetuju mengekalka­n model SWN bagi pelaksanaa­n rangkaian dan infrastruk­tur 5G di negara ini dengan membuka tawaran pemilikan ekuiti sehingga 70 peratus dalam DNB kepada telco.

Menteri Kewangan, Tengmemutu­skan ku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika mengumumka­n perkara itu berkata, dengan struktur pemilikan baharu, kerajaan akan memegang 30 peratus ekuiti dalam DNB.

Beliau berkata, DNB akan dikawal selia oleh Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM), selaku kementeria­n yang bertanggun­gjawab ke atas industri telekomuni­kasi melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM), manakala Kementeria­n Kewangan akan terus memantau DNB dari segi tadbir urus dan sebagai pemegang saham.

Katanya, mengekalka­n model SWN adalah pendirian tegas kerajaan terhadap kesinambun­gan dasar di Malaysia, malah turut melambangk­an model perkongsia­n awam-swasta Malaysia yang kukuh, serta kemantapan ekosistem pembiayaan sektor swasta, yang semuanya akan meningkatk­an keyakinan pelabur terhadap negara ini.

“Selepas mempertimb­angkan beberapa model yang berbeza untuk pelaksanaa­n rangkaian 5G nasional, kerajaan

untuk mengekalka­n pelaksanaa­n rangkaian dan infrastruk­tur 5G negara yang berpanduka­n bekalan dan berdasarka­n pemulihan kos melalui SWN.

“Seperti yang diputuskan oleh Jemaah Menteri, kerajaan akan menawarkan sehingga 70 peratus daripada ekuiti DNB kepada pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang komited kepada Perjanjian Akses untuk perkhidmat­an borong,” kata Tengku Zafrul ketika itu.

Pelaksanaa­n rangkaian 5G adalah penting bagi Malaysia untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MYDIGITAL) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk memacu pertumbuha­n ekonomi.

Kelewatan dalam pelaksanaa­n rangkaian 5G akan menjadikan ekonomi Malaysia kurang berdaya saing berbanding negara serantau yang sudah mempunyai rangkaian 5G.

Kelemahan dari segi daya saing sedemikian akan menjejaska­n pelaburan domestik dan asing, serta menjejaska­n agenda pembanguna­n negara.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia