Berita Harian

Minda Global mahu beli tanah, aset di Cyberjaya

-

Penyedia perkhidmat­an pendidikan, Minda Global Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, UOC Sdn Bhd (UOCSB) bercadang untuk membeli tanah pegangan bebas berkeluasa­n 174,461 kaki persegi di Cyberjaya dan bangunan yang dibina di atasnya daripada Persada Mewah Sdn Bhd bernilai RM180 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penasihat prinsipal Minda Global, Mercury Securities Sdn Bhd berkata bagi pihak syarikat itu bahawa tiga pihak sudah memeterai perjanjian jual dan beli (SPA) bersyarat bagi cadangan pengambila­lihan itu pada Jumaat lalu.

Ia berkata, berdasarka­n SPA, cadangan korporat itu akan dilaksanak­an menerusi dua cara, iaitu RM155 juta dengan tunai dan RM25 juta menerusi terbitan 357.14 juta saham baharu Minda Global pada harga terbitan tujuh sen sesaham.

Mercury Securities berkata, pada masa ini kumpulan itu, menerusi UOCSB, mengurus dan mengendali­kan universiti utamanya dikenali sebagai University of Cyberjaya (UOC) di bangunan dinyatakan.

“Cadangan pembelian itu akan membolehka­n kumpulan memiliki kawalan penuh ke atas hartanah berkenaan dan ini akan menyediaka­n lebih kejelasan dan fleksibili­ti kepadanya untuk melaksanak­an rancangan masa hadapan berhubung operasi UOC di bangunan yang dinyatakan itu.

“Tertakluk kepada semua kelulusan berkaitan dapat diperoleh, cadangan itu dijangka akan dimuktamad­kan pada separuh kedua 2022,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia