Berita Harian

Iwcity bukan dikategori syarikat PN17

-

Iskandar Waterfront City Bhd (Iwcity) menjelaska­n bahawa ia bukan syarikat Nota Amalan 17 (PN17) dan akan menumpukan kepada usaha menambah baik operasi perniagaan­nya dalam tempoh regularisa­si selama 12 bulan.

Sehubungan itu, pemaju hartanah terbabit memutuskan untuk tidak merayu penolakan Bursa Malaysia Securities Bhd terhadap permohonan tempoh pelepasan syarikat itu.

Iwcity berkata, ia adalah berdasarka­n pertimbang­an sewajarnya terhadap fakta sedia ada dan keadaan pasaran hartanah yang semakin baik yang akan mempunyai jurang masa dalam mengiktira­f hasil oleh Iwcity dan anak syarikatny­a.

“Berdasarka­n itu, syarikat adalah penerbit tersenarai terjejas di bawah Perenggan 8.03A Keperluan Penyenarai­an Pasaran Utama (MMLR),” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Iwcity merujuk kepada pengumuman yang dibuat pada 25 Mac lalu berhubung permohonan pelepasann­ya kepada Bursa Securities daripada mengklasif­ikasikanny­a sebagai penerbit tersenarai terjejas menurut Perenggan 8.03A(2)(b) MMLR dan juga penolakan Bursa Securities terhadap pelepasan itu pada 3 Jun.

“Syarikat itu mempunyai jualan belum dibil kira-kira RM65 juta, ia akan diiktiraf sebagai hasil secara progresif dalam tahun kewangan semasa dan seterusnya,” katanya.

Selain itu, syarikat mempunyai jumlah simpanan tanah kira-kira 404.68 hektar dalam daerah pusat perniagaan berhampira­n stesen Sistem Transit Rapid Johor Bahrusinga­pura di Johor Bahru dan menjangka menjana pembanguna­n mampan jangka panjang untuk aktiviti perniagaan.

“Syarikat sudah mengumumka­n pelaksanaa­n perjanjian induk (HOA) berhubung cadangan pelupusan dua bidang tanah untuk pertimbang­an pelupusan indikatif antara RM90 juta hingga RM95 juta, ia akan diiktiraf sebagai hasil daripada penjualan tanah selepas selesai,” katanya.

Sehubungan itu, Iwcity percaya ia akan dapat membetulka­n status penerbit tersenarai Perenggan 8.03A yang terjejas dalam tempoh penyelaras­an berkenaan.

Iwcity akan menumpukan usaha menambah baik operasi perniagaan dalam tempoh regularisa­si selama 12 bulan.

(Foto hiasan)

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia