Berita Harian

Bursa diunjur cenderung menurun

-

FBM KLCI dijangka susut dipengaruh­i pergerakan pasaran ekuiti global

Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderun­gan penurunan minggu ini, sejajar dengan pergerakan pasaran ekuiti global, bergerak antara paras 1,480 hingga 1,490, kata peniaga.

Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-pacific Asset Management Sdn Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), yang melepasi paras psikologi 1,500 pada Jumaat (10 Jun), dijangka terus merosot.

Beliau berkata, dengan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang meningkat, yang pada masa ini sebanyak 8.3 peratus, potensi kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi oleh Bank Pusat Eropah, selain sekatan pergerakan COVID-19 yang baharu di China, akan menjejaska­n sentimen pasaran global.

“Harga minyak mentah Brent, yang dijangka lebih tinggi kepada sekitar AS$150 hingga AS$175 setong berikutan konflik Ukraine-russia, akan memburukka­n lagi risiko inflasi yang tinggi dan menjejaska­n pertumbuha­n global.

“Pertumbuha­n global yang perlahan akan mendorong sentimen menghindar­i risiko dan lebih ramai pelabur akan beralih daripada aset berisiko dan memilih aset selamat seperti bon dan emas,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya ekonomi Malaysia masih bertahan pada asasnya dengan kadar faedah yang akomodatif, jualan pembuatan yang semakin meningkat, eksport yang kukuh dan kadar inflasi yang rendah.

Bagi AS, katanya walaupun kadar inflasi tinggi, berlarutan melebihi lapan peratus, dengan perbelanja­an penggunany­a yang tinggi, ekonomi akan berterusan dan tiada tanda-tanda kemeleseta­n dalam tempoh terdekat.

Pada minggu dagangan yang pendek yang baru sahaja berakhir, bursa tempatan meneruskan penurunan pada minggu sebelumnya dalam persekitar­an sentimen negatif di rantau ini dan mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street.

Pasaran ditutup pada Isnin (6 Jun) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-pertuan Agong.

Pada Jumaat, FBM KLCI merosot 1.04 peratus atau 15.76 mata untuk ditutup kepada 1,493.95 dengan 667 kaunter rugi berbanding 254 kaunter untung.

Pada asas mingguan, FBM KLCI susut 43.87 mata untuk mengakhiri minggu ini kepada 1,493.95 daripada 1,537.82 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBMT100 merosot 273.38 mata kepada 10,429.35, Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 367.25 mata kepada 10,997.24, Indeks FBM Emas susut 279.29 mata kepada 10,733.65, FBM ACE turun 137.59 mata kepada 5,134.36 dan FBM 70 merosot 210.61 mata kepada 13,113.58.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n berkuranga­n 314.98 mata kepada 7,596.65, Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an merosot 6.44 mata kepada 193.33 dan Indeks Tenaga susut 27.14 mata kepada 783.67.

Indeks Perkhidmat­an Kewangan

jatuh 198.66 mata kepada 16,420.13, Indeks Penjagaan Kesihatan merosot 67.46 mata kepada 1,811.24 dan Indeks Teknologi susut 1.95 mata kepada 67.76.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 11.03 bilion unit bernilai RM7.49 bilion daripada 14.14 bilion unit bernilai RM13.99 bilion minggu lalu.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 6.42 bilion saham bernilai RM6.28 bilion daripada 10.53 bilion saham bernilai RM13.14 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran naik kepada 1.65 bilion unit bernilai RM291.43 juta daripada 1.55 bilion unit bernilai RM288.17 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 2.94 bilion saham bernilai RM916.51 juta daripada 2.05 bilion saham bernilai RM556.59 juta pada minggu sebelumnya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia