Berita Harian

2 maut protes isu hina Islam

-

Beribu-ribu tunjuk perasaan bantah kenyataan ahli politik India

Patna: Polis India menembak mati dua penunjuk perasaan dan menahan lebih 130 individu dalam protes jalanan yang dicetus bagi membantah kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP).

Kemarahan menyelubun­gi umat Islam sejak minggu lalu apabila jurucakap parti BJP pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi membuat kenyataan menghina mengenai Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aisyah menerusi debat yang disiarkan dalam televisyen.

Umat Islam berhimpun di jalanan secara besar-besaran selepas solat Jumaat dan negara jiran lain mengutuk penghinaan itu dengan polis kelihatan menembak ke arah orang ramai di timur bandar Ranchi.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk menyuraika­n penunjuk perasaan... ia mengakibat­kan dua terbunuh,” kata pegawai polis dari timur bandar Ranchi kepada AFP.

Katanya, orang ramai mengingkar­i arahan polis yang melarang mereka berarak dari masjid ke pasar serta bertindak membaling batu dan botol pecah apabila polis cuba menyuraika­n perhimpuna­n itu.

Pihak berkuasa memutuskan sambungan internet di bandar itu dan mengenakan perintah berkurung.

Polis di Uttar Pradesh melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraika­n sekurang-kurangnya satu perhimpuna­n selepas beberapa protes diadakan di seluruh utara negeri.

Kebanyakan protes berakhir dengan aman tetapi penunjuk perasaan di beberapa bandar bertindak membaling batu ke arah polis dan mencederak­an sekurang-kurangnya seorang pegawai, kata Setiausaha Kanan Kerajaan Negeri, Avanish Awasthi.

Pegawai kanan polis di negeri itu, Prashant Kumar, berkata seramai 136 penunjuk perasaan ditahan dari enam daerah sekitar

Uttar Pradesh.

Bandar di sekitar India menyaksika­n protes besar-besaran sejak Jumaat lalu, dengan beberapa orang ramai membakar patung Nupur Sharma, jurucakap Parti Bharatiya Janata (BJP) yang kenyataann­ya mencetuska­n kekecohan.

Kenyataan Sharma mencetuska­n ketegangan diplomatik di India dengan hampir 20 negara memanggil perwakilan India mereka untuk mendapatka­n penjelasan.

BJP bertindak menggantun­g pemimpin itu daripada jawatannya dan mengeluark­an kenyataan yang menegaskan partinya menghormat­i semua agama.

Sebelum ini, di Bangladesh, lebih 100,000 orang berhimpun selepas solat Jumaat, manakala 5,000 lagi turun ke jalan raya di Lahore, Pakistan bagi menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap India berhubung kenyataan itu.

Perbalahan itu menyusuli kemarahan di seluruh dunia Islam pada 2020 selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mempertaha­nkan hak majalah satira untuk menerbitka­n karikatur Nabi Muhammad SAW. AFP

Ramallah: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengulangi gesaannya terhadap Amerika Syarikat (AS) supaya mengeluark­an Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) daripada senarai entiti pengganas negara itu.

Abbas juga meminta pejabat PLO di Washington dan Konsulat AS di timur Baitulmaqd­is dibuka semula, selepas kedua-duanya ditutup di bawah pentadbira­n bekas Presiden Donald Trump,

Perkara itu disampaika­n Abbas ketika menyambut delegasi AS yang diketuai Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Timur, Barbara Leaf, menjelang lawatan Presiden Joe Biden bulan depan.

Menurut kenyataan pejabat Presiden Palestin itu, Leaf yang memulakan lawatan tiga hari ke wilayah Palestin dan Israel turut bertemu Abbas bagi membincang­kan hubungan As-palestin, bantuan AS kepada Palestin, mengeratka­n hubungan dan bagaimana rakyat Palestin dan Israel samasama berhak mendapat ukuran kebebasan, keselamata­n serta kemakmuran.

Biden sebelum ini berjanji untuk membuka semula pejabat konsulat yang ditutup di bawah pentadbira­n Trump selepas mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel, menimbulka­n kemarahan rakyat Palestin yang melihat sektor timurnya sebagai ibu kota masa depan mereka.

Israel yang menentang pembukaan pejabat Konsulat Palestin di Baitulmaqd­is juga berkata AS sepatutnya membuka pejabat diplomatik di Ramallah, yang menjadi pusat pentadbira­n Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat.

Sementara itu, AS menukar gelaran Unit Hal Ehwal Palestin kepada Pejabat Hal Ehwal Palestin (OPA), tanpa mentakrifk­annya sebagai konsulat.

Pejabat itu beroperasi di bawah naungan Kedutaan AS di Baitulmaqd­is, dan melaporkan perkara substantif terus kepada Jabatan Negara, kata OPA, sambil menyatakan penstruktu­ran baharu itu untuk mengukuhka­n pelaporan diplomatik dan pembabitan diplomasi awam. AFP

 ?? (Foto REUTERS) ?? Anggota keselamata­n meronda jalan selepas keganasan meletus antara polis dan penunjuk perasaan, di Kolkata,
India.
(Foto REUTERS) Anggota keselamata­n meronda jalan selepas keganasan meletus antara polis dan penunjuk perasaan, di Kolkata, India.
 ?? (Foto AFP) ?? Abbas mengadakan pertemuan dengan Leaf sempena lawatan delegasi AS ke Palestin, di Ramallah.
(Foto AFP) Abbas mengadakan pertemuan dengan Leaf sempena lawatan delegasi AS ke Palestin, di Ramallah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia