Berita Harian

Beijing terpaksa tangguh buka semula sekolah

-

Penularan COVID-19

Langkah longgar sekatan punca puluhan jangkitan dikaitkan dengan kluster bar

Beijing: Pihak berkuasa China menangguhk­an pembukaan semula sekolah yang dijadualka­n minggu depan, berikutan penularan jangkitan COVID-19.

Keputusan itu sekali gus membuatkan kanak-kanak di Beijing tidak dapat kembali ke sekolah seperti dirancang, susulan pihak berkuasa membatalka­n sebahagian keputusan untuk memulakan kembali persekolah­an.

China adalah negara kuasa besar ekonomi yang masih komited kepada strategi sifar COVID-19, menjadikan tiada kes melalui gabungan usaha penutupan secara bersasar, pengujian kes besar-besaran dan tempoh kuarantin yang panjang.

Bagaimanap­un, kewujudan kluster sejak kebelakang­an ini meletakkan pendekatan yang diambil pihak berkuasa di bawah tekanan.

Bandar mega Shanghai terpaksa di bawah perintah penutupan selama berbulan-bulan, sementara di ibu negara, Beijing, sekolah ditutup serta penduduk diarahkan bekerja dari rumah.

Pihak berkuasa di Beijing mengurangk­an banyak sekatan bermula awal minggu ini, namun berpuluh-puluh jangkitan yang dikaitkan dengan kluster bar menyebabka­n

Petugas kesihatan mengambil sampel daripada seorang wanita ketika ujian saringan COVID-19 di Beijing.

pihak itu mengetatka­n lagi beberapa sekatan.

Kebanyakan pelajar sekolah rendah dan menengah akan ‘terus belajar dalam talian di rumah’ mulai Isnin, kata jurucakap kerajaan bandar Xu Hejian pada taklimat akhbar kelmarin.

Pengumuman itu sebahagian­nya mengingkar­i keputusan sebelum ini untuk menghantar murid yang lebih muda kembali ke sekolah secara berperingk­at, mulai minggu depan.

Kira-kira 115 kes dikaitkan dengan kluster bar setakat ini, kata pegawai kesihatan perbandara­n Liu Xiaofeng pada taklimat itu.

“Penularan wabak baharu itu pada peringkat yang pesat merebak dan berisiko tinggi untuk merebak,” katanya.

Lebih 20 juta orang di Shanghai diminta melakukan ujian pengesanan secara besar-besaran hari ini yang menurut kerajaan tempatan akan berlangsun­g di bawah keadaan penutupan sementara.

Langkah berkenaan dibuat kurang daripada dua minggu selepas hab ekonomi timur itu keluar sekatan keras yang diselangi oleh kekurangan makanan dan protes terpencil daripada penduduk yang marah.

Pihak berkuasa juga mengekalka­n sekatan yang berubah-ubah di Shanghai dengan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap kebangkita­n semula virus selepas akhirnya membendung wabak terburuk negara itu dalam tempoh dua tahun.

China hari ini merekodkan 138 jangkitan domestik termasuk 61 di Beijing dan 16 di Shanghai, menurut Suruhanjay­a Kesihatan Kebangsaan. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia