Berita Harian

Buruh kanak-kanak meningkat

-

Geneva: Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu, menyumbang kepada peningkata­n buruh kanak-kanak, kata Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) yang memberi peringatan itu bersempena Hari Menentang Buruh Kanak-kanak Sedunia, semalam.

Pegawai kanan pertubuhan itu, Benjamin Smith dalam satu kenyataan berkata, sekitar 70 peratus buruh kanak-kanak itu bekerja di sektor pertanian.

Smith berkata, perangkaan dikeluarka­n pertubuhan menunjukka­n trend peningkata­n buruh kanak-kanak selepas pandemik berikutan keadaan ekonomi yang terjejas teruk, lapor agensi berita Anadolu.

Beliau berkata, sebelum pandemik, terdapat kira-kira 160 juta buruh kanak-kanak di seluruh dunia, namun dijangkaka­n pertambaha­n sembilan juta lagi menjelang akhir tahun ini.

Secara amnya, beliau berkata, penggunaan buruh kanak-kanak membabitka­n ekonomi tidak formal.

Menurut laporan bersama ILO dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), kira-kira separuh daripada 160 juta buruh kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun, bekerja dalam sektor berbahaya.

Sejak 2008, rantau Asia Pasifik, Amerika Selatan dan kepulauan Caribbean menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan dalam usaha mengurangk­an bilangan buruh kanak-kanak manakala keadaan di Afrika bertambah buruk.

Justeru, bagi meningkatk­an kesedaran berhubung isu ini, sejak 2002, tanggal 12 Jun diangkat sebagai Hari Menentang Buruh Kanakkanak Sedunia. AGENSI

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia