Berita Harian

Ukraine dakwa masih kuasai kilang kimia

-

Kawasan jadi tempat kira-kira 800 orang awam berlindung

Kyiv: Ukraine mendakwa masih menguasai kilang Azot, satu daripada kilang kimia terbesar di Eropah, di Sievierodo­netsk yang turut menjadi tempat ratusan orang awam berlindung, kata Gabenor wilayah Luhanks, Serhiy Gaidai.

Beliau berkata demikian selepas puak pemisah yang disokong Russia mendakwa sekitar 300 hingga 400 tentera Ukraine turut terperangk­ap di kilang berkenaan.

“Maklumat mengenai kilang Azot dikepung adalah satu pembohonga­n.

“Pasukan kami masih menguasai zon perindustr­ian Sievierodo­netsk dan berjaya menumpaska­n tentera Russia di bandar berkenaan,” katanya menerusi aplikasi Telegram.

Sebelum ini, Ukraine mendedahka­n kira-kira 800 orang awam bersembuny­i di beberapa tempat perlindung­an bom di bawah kilang Azot. Ia termasuk kira-kira 200 pekerja dan 600 penduduk Sievierodo­netsk.

Sementara itu, wakil Republik Rakyat Luhansk yang pro-russia, Rodion Miroshnik, dalam satu kenyataan pula berkata, ada orang awam yang mula meninggalk­an kilang berkenaan.

“Ada sesekali berbalas tembakan, mereka (tentera Ukraine) mungkin masih menahan ratusan orang awam di situ,” katanya dalam satu hantaran menerusi media sosial.

Sebelum ini, Miroshnik memberitah­u, sekitar 300 hingga 400 tentera Ukraine turut berada di kilang itu bersama orang awam yang lain dan cuba berunding supaya dapat keluar dan bergerak ke Lysychansk, iaitu bandar kembar Sievierodo­netsk.

Untuk rekod, Sievierodo­netsk adalah sebuah bandar kecil di rantau itu dan ia menjadi sasaran Russia di wilayah timur Ukraine.

Selain itu, bandar berkenaan adalah satu daripada lokasi yang mencatatka­n angka korban tertinggi dalam perang Ukrainerus­sia sejak serangan dilancarka­n pada 24 Februari lalu.

REUTERS

Anggota tentera Russia mengawal laluan di bandar Schastia, wilayah Luhansk, Ukraine.

Wakil Republik Rakyat Luhansk pro-russia (Foto EPA)

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia