Berita Harian

‘AS usah campur tangan hal Taiwan’

-

Singapura: China beri amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak campur tangan isu Taiwan dan berikrar ‘berjuang habis-habisan’ bagi menghalang kemerdekaa­n negara itu.

Menteri Pertahanan China, Weifenghe, berkatakon­flikdianta­ra As-china semakin memuncak selepas Beijing menganggap Taiwan sebagai wilayahnya dan berjanji untuk merampasny­a suatu hari nanti termasuk secara paksa jika perlu.

Peningkata­n penceroboh­an pesawat China ke zon udara berhampira­n Taiwan turut mempengaru­hi situasi semasa hubungan kedua-dua negara, malah ucapan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J Austin, ketika Dialog Shangri-la, juga menuduh Beijing ‘menggugat kestabilan’ melalui aktiviti ketenteraa­n.

Bagaimanap­un, Fenghe menjawab semula menerusi ucapan pada acara sama dengan memberitah­u Beijing ‘tiada pilihan’ selain berjuang jika ada percubaan dibuat untuk memisahkan Taiwan dari China.

“Kita akan berjuang walau dengan apa cara sekalipun sehingga ke akhirnya. Tiada sesiapa pun boleh memandang rendah keazaman dan keupayaan angkatan tentera China untuk menjaga integriti wilayahnya,” katanya.

Fenghe turut menggesa Washington supaya ‘berhenti memburukka­n, menyekat dan campur tangan urusan dalaman, selain berhenti melakukan sebarang bentuk ancaman berkaitan kepentinga­n China’.

Bagaimanap­un, beliau turut menggesa hubungan yang lebih stabil di antara China-as dapat diwujudkan kerana melihat ia penting bagi keamanan global.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincang­an bersemuka buat kali pertama di luar sidang kemuncak di Singapura itu pada Jumaat lalu, Untuk rekod, AS adalah pembekal senjata dan penyokong antarabang­sa terkuat Taiwan yang menjadi punca ketegangan antara Washington dan Beijing.

AFP

Wei Fenghe

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia