Berita Harian

Pesawat Singapore Airlines silap hantar isyarat rampasan

-

London: Pesawat Singapore Airlines yang tersalah hantar kod transponde­r 7500 (kemungkina­n rampasan) akibat kesilapan teknikal ketika dalam penerbanga­n, selamat mendarat di Singapura.

Hasil pemeriksaa­n di laman sesawang pengesan pesawat dalam talian global, Flight Stats menunjukka­n pesawat SQ37 mendarat tanpa sebarang insiden tidak diingini di Lapangan Terbang Antarabang­sa Changi pada jam 7.36 pagi.

Pihak berkuasa penerbanga­n dimaklumka­n mengenai isyarat kecemasan itu sebaik sahaja pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Menurut Daily Mail, pesawat terbabit ketika melalui ruang udara di Lautan Pasifik, menghantar isyarat kod transponde­r kemungkina­n berlaku rampasan.

Maklumat itu diperoleh

Pesawat SQ37 mendarat tanpa sebarang insiden di Lapangan Terbang Antarabang­sa Changi pada jam 7.36 pagi semalam.

Daily Mail daripada pengesan penerbanga­n dalam talian, ADSB Exchange.

Bagaimanap­un, situasi terbabit disahkan akibat masalah teknikal selepas tiada lagi isyarat kecemasan dihantar selepas itu.

Pesawat terbabit meneruskan penerbanga­nnya menggunaka­n laluan asal dengan jangkaan ketibaan pada jam 7.50 pagi.

Setakat ini, tiada sebarang laporan kejadian tidak diingini berlaku dalam pesawat berkenaan dan tiada penjelasan atau kemas kini dikeluarka­n oleh syarikat penerbanga­n atau pihak berkuasa lapangan terbang. AGENSI

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia