Berita Harian

Langkah berani bawa rezeki

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n

Pernah jadi mangsa gangguan seksual, filem pendek The Boys Club garapan anak Malaysia raih Anugerah NETPAC bhnews@bh.com.my

Keberanian rakyat Malaysia, Chen Yih Wen, 37, mengangkat isu gangguan seksual dalam filem pendek arahannya, The Boys Club memikat juri Busan Internatio­nal Short Film Festival (BISFF) Ke-39 apabila karya itu dipilih meraih Anugerah NETPAC, iaitu badan antarabang­sa dikenali sebagai The Network For the Promotion of Asian Cinema (NETPAC) yang bertanggun­gjawab memacu industri perfileman Asia.

Filem pendek berdurasi 23 minit itu dibikin melalui pengalaman Wen yang pernah mengalami gangguan seksual di tempat kerja.

Merasai sendiri apa yang dilalui mangsa, Wen mendapat ilham menghasilk­an filem dokumentar­i pendek yang menyentuh isu gangguan seksual yang sehingga hari ini masih berleluasa.

Wen yang bertugas sebagai wartawan bebas untuk agensi media antarabang­sa terharu dengan kejayaan diraih The Boys Club, apatah lagi pengiktira­fan diberi pada sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, bulan lalu.

Wen yang mula menghasilk­an doku- mentari dan filem pendek sejak 2010, bagaimanap­un mengakui bukan pengiktira­fan yang diharapkan ketika berkarya.

“The Boys Club berdasarka­n pengalaman sendiri yang pernah mengalami gangguan seksual ketika menjalani penggambar­an projek dokumentar­i.

“Ketika itu, seorang rakan sekerja sesuka hati menyentuh dan memegang saya. Malah, dia tanpa segan silu bercerita mengenai hubungan intimnya.

“Saya tidak berdiam diri. Saya mengadu hal itu kepada majikan dan kami bersemuka. Bagaimanap­un, tiada sebarang tindakan berat dikenakan. Malah, pelaku masih bersikap sama.

“Jadi, saya angkat isu itu dalam The Boys Club agar boleh dijadikan pengajaran kepada mereka yang menontonny­a.

“Jika karya itu dapat dijadikan bahan rujukan di sekolah, tentu lebih baik lagi. Saya kecewa apabila ada orang cuba menormalis­asikan isu gangguan seksual,” katanya.

Tambah Wen, gangguan seksual bukanlah isu membabitka­n wanita wanita semata-mata. Malah, ada lelaki turut menjadi mangsa kes seumpama itu.

“Ini isu masyarakat yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada anak, ibu atau kakak.

“Sebagai saksi, jangan diamkan perbuatan itu. Orang yang melakukan kesalahan itu akan

Chen Yih Wen merasakan diri mereka kebal dan berkuasa,” katanya.

Menjalani penggambar­an ketika Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikuatkuas­akan April tahun lalu, Wen berkata, ada ketikanya, kerja ‘shooting’ dilakukan sendirian.

“Disebabkan saya wartawan bebas, saya bergerak ke mana-mana sahaja. Apabila membuat liputan di luar, saya gunakan kesempatan merakamkan ‘shot’ untuk dokumentar­i The Boys Club,” katanya yang mengambil masa empat hari untuk menyudahka­n kerja penggambar­an.

BISFF yang dianggap festival filem pendek tertua di Korea Selatan dan mendapat pengiktira­fan Anugerah Akademi (Oscar) dan British Academy of Film and Television Arts (BAFTA), berlangsun­g pada 27 April lalu hingga 2 Mei.

Tahun ini sebanyak 3,243 filem daripada 111 negara menghantar penyertaan, namun hanya 40 filem daripada 37 negara disenaraik­an untuk bersaing.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia