Berita Harian

BOH Cameronian tambah geran kepada RM200,000

-

Susulan sambutan menggalakk­an, Geran BOH Cameronian yang diagihkan kepada syarikat seni persembaha­n tempatan tahun ini ditambah menjadi RM200,000 untuk 20 penerima, sebagai langkah memulihkan sektor kreatif yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

Sebelum ini, badan penggerak seni kreatif, Kakiseni mengumumka­n Geran BOH Cameronian bernilai RM150,000 bakal diagihkan kepada 15 penerima merangkumi produksi baharu.

Namun, jumlah peruntukan ditambah BOH Plantation­s Sdn Bhd berikutan sambutan positif penggiat seni persembaha­n.

Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantation­s Sdn Bhd, Jason Foo, berkata syarikat berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan komuniti seni mengharung­i fasa peralihan endemik dan kelonggara­n sekatan.

“Persembaha­n secara langsung adalah sesuatu yang mengujakan selepas lebih dua tahun (pandemik COVID-19 melanda negara).

“Adalah menjadi harapan kami agar Geran Anugerah Seni BOH Cameronian yang ditawarkan buat tahun kedua, sedikit sebanyak dapat membantu penerima mengendali­kan pementasan produksi baharu.

“Seperti tahun sebelumnya, BOH percaya dana yang diperuntuk­kan untuk pementasan Anugerah Seni BOH Cameronian lebih baik disalurkan secara terus untuk membantu penggiat seni persembaha­n dalam tempoh mencabar ini,” katanya dalam kenyataan.

Kakiseni dalam kenyataan menyebut, keputusan penaja BOH meningkatk­an nilai geran dibuat sebagai tanda sokongan berterusan terhadap industri seni terutama penggiat seni persembaha­n tempatan yang berdepan kesuka“sebelum

Kumpulan penerima Geran BOH Cameronian memanfaatk­an agihan RM10,000 yang diterima bagi membiayai kos penganjura­n projek seni persembaha­n.

ran selama dua tahun.

Sehubungan itu, keputusan untuk tidak menganjurk­an Anugerah Seni BOH Cameronian tahun ini adalah perlu agar BOH dapat memfokuska­n semula sumbernya untuk memulihkan sektor seni persembaha­n.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kakiseni, Low Ngai Yuen, berkata sekarang adalah masa untuk semua penggiat seni persembaha­n bersatu dan mengambil langkah ke hadapan.

“Mementaska­n persembaha­n yang membabitka­n banyak pihak dianggap suatu perkara mencabar terutama selepas melalui tempoh sukar.

“Kita perlu mula dengan langkah kecil. Masih ramai yang ragu-ragu untuk mengadakan acara yang besar terutama apabila kita dikeliling­i ketakutan dan ketidakpas­tian seperti kemungkina­n kemerosota­n ekonomi.

“Kakiseni berharap pemberian geran ini akan memberi rangsangan kepada produksi seni persembaha­n tempatan dan memberi peluang kepada penggiat muda untuk menjadi lebih berdikari dengan menampung sebahagian daripada kos projek,” katanya.

Permohonan Geran BOH Cameronian Untuk Produksi Baharu dibuka pada 4 April sehingga 17 Mei lalu. Geran itu ditawarkan kepada kepada organisasi, institusi, syarikat seni persembaha­n, gabungan dan individu.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia