Berita Harian

Southgate bengang England tumpul

-

Liga Negara-negara UEFA

Jerman turut seri kali ketiga selepas diikat Hungary

Wolverhamp­ton: Pengendali England, Gareth Southgate menyalahka­n ketumpulan di depan gawang sebagai punca mereka gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan pertama Liga Negara-negara UEFA termasuk seri 0-0 menentang Itali di sini, kelmarin.

Perlawanan membabitka­n dua pasukan final Euro 2020 tahun lalu itu diadakan di hadapan 3,000 kanak-kanak sekolah selepas England terpaksa menjalani hukuman satu perlawanan tertutup susulan kekecohan di Wembley Julai lalu.

Southgate melabelkan situasi itu sebagai memalukan untuk negara dan percaya suasana berkenaan memainkan peranan dalam satu lagi persembaha­n hambar skuad kendaliann­ya.

Gol tunggal England dalam tiga perlawanan terakhir hadir menerusi penalti Harry Kane ketika seri 1-1 di Jerman pada Selasa.

“Kami mempunyai dua atau tiga peluang yang sepatutnya disempurna­kan, tetapi ketajaman di depan gol tidak mencukupi. Kami berusaha di babak kedua, tetapi tidak ada penyokong untuk membantu anda atau memberikan tekanan kepada lawan,” kata Southgate.

Sejak menewaskan England menerusi sepakan penalti untuk menjadi juara Eropah, Itali kehilangan rentak dan terlepas ke Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

Bagaimanap­un skuad kendalian Roberto Mancini bangkit mendahului saingan Kumpulan A3 Liga Negara-negara UEFA dengan mengumpul lima mata daripada tiga perlawanan.

Sementara itu di Budapest, Jerman terpaksa menerima keputusan seri 1-1 ketiga mereka dalam saingan Kumpulan A3 selepas Hungary mengikat mereka di laman lawannya itu.

Hungary mengejutka­n Jerman pada minit keenam dengan rembatan Zsolt Nagy sebelum Jonas Hofmann menyamakan kedudukan tiga minit kemudian hasil gerakan solo.

Keputusan itu melebarkan deretan tanpa kalah skuad kendalian Hansi Flick kepada 12 perlawanan tetapi tanpa sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan pertama kempen kali ini.

“Saya tidak akan memberikan alasan, kami mahu tiga mata hari ini. Sudah tentu kami kecewa, tetapi anda tidak boleh nafikan Hungary adalah lawan sukar,” kata kapten dan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer.

Hungary yang mengejutka­n England 1-0 seminggu lalu kekal di tangga kedua kumpulan di belakang Itali dengan empat mata. Mereka akan bertandang ke Wolverhamp­ton bertemu England Selasa ini. England kekal di tangga tercorot dengan dua mata. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia