Berita Harian

Dakwaan rogol ke atas Ronaldo digugur

-

Los Angeles: Mahkamah Amerika Syarikat (AS) menggugurk­an dakwaan kes rogol terhadap Cristiano Ronaldo oleh bekas model dan guru, Kathryn Mayorga.

Mayorga mendakwa dia dirogol bintang bola sepak itu di dalam bilik hotel di Las Vegas pada 2009, tetapi hakim Jennifer Dorsey menggugurk­an kes berkenaan. Pemain Manchester United dan Portugal itu menafikan tuduhan ke atasnya.

Dia menegaskan hubunganny­a dengan Mayorga atas dasar suka sama suka. Kes berkenaan pernah digugurkan pada 2019, apabila peguam bela berkata serangan seksual oleh pemain bola sepak itu tidak dapat dibuktikan.

Bagaimanap­un Mayorga yang enggan namanya dirahsiaka­n, mengambil tindakan sivil dengan menuntut

Kathryn Mayorga pampasan jutaan ringgit.

Walaupun Mayorga pernah bersetuju dengan penyelesai­an di luar mahkamah sebanyak AS$375,000 (RM1.65 juta), dia cuba menghidupk­an semula kes berkenaan atas alasan dia masih trauma ketika rundingan penyelesai­an itu.

Dalam percubaan pihak pendakwa menghidupk­an semula kes, Dorsey mendapati, peguam Mayorga, Leslie Stovall menggunaka­n dokumen “yang diperoleh secara haram” sebagai bukti secara berulang kali.

Dokumen berkenaan termasuk emel antara peguam Ronaldo yang membincang­kan strategi penyelesai­an untuk kes berkenaan. Atas sebab itu, Dorsey memutuskan kes berkenaan tidak boleh dibuka semula. AFP

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia