Berita Harian

Betulkan kesilapan, pandang ke depan

- Oleh Syafiq Aznan

Kelayakan Piala Asia 2023

Pan Gon sifatkan kekalahan jadi pengajaran, sasar bangkit syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: “Lebih baik kita memandang ke depan daripada memikirkan apa yang sudah berlaku.”

Itu kata-kata azimat yang digenggam pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon selepas misi memburu tujuh mata ke Piala Asia 2023 lebur apabila tumbang 2-1 di tangan Bahrain pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, kelmarin.

Kekalahan itu menyaksika­n Malaysia terpaksa melepaskan status sebagai juara Kumpulan E kepada Bahrain yang menghimpun enam mata maksimum, namun masih berpeluang memburu tiket ke saingan Asia itu menerusi posisi lima naib juara terbaik.

Pan Gon berkata, berkata aksi berdepan Bahrain sewajarnya menjadi pengajaran yang berguna buat barisan pemainnya, namun pengendali dari Korea Selatan itu menuntut kebangkita­n pada aksi penentuan berdepan Bangladesh Selasa ini.

“Saya tidak boleh merungut kerana pemain sudah memberikan yang terbaik. Kita tidak boleh melonjak daripada sini (kedudukan sekarang) ke tempat yang lebih tinggi hanya dalam beberapa hari.

“Setiap tahun kita akan berdepan pelbagai kejohanan dan bola sepak sentiasa berterusan. Berapa banyak yang kita belajar, berapa banyak yang kita boleh tingkatkan, kita tidak perlu kecewa dan terlalu bersedih.

“Kita perlu yakin dan bangga dengan apa yang sudah kita lakukan. Kita perlu fokus untuk perlawanan seterusnya kerana saya rasa ini adalah caranya sebagai seorang yang profesiona­l untuk mewakili negara.

“Kita harus betulkan kesilapan dan tunjukkan semangat untuk mencapai sasaran seperti dimahukan penyokong. Inilah caranya kerana tiada masa untuk menyesal dan kecewa. “Kita ada perancanga­n dan kini kita ada semangat berpasukan yang lebih tinggi. Apa yang pasti kita tidak boleh terlepas peluang untuk ke pusingan akhir dan pemain tahu betapa pentingnya perlawanan terakhir ini,” kata Pan Gon.

Dalam perkembang­an lain, Pan Gon juga mengakui tumpuannya lebih terarah kepada persiapan skuad negara dan enggan memikirkan sama ada Bangladesh akan menjadi lawan yang mudah buat anak buahnya.

“Kita tidak tahu kerana kita lebih fokus pada pasukan kita. Strateginy­a, kita mahu mendapatka­n mata tetapi tiga aksi dalam tempoh tujuh hari adalah satu cabaran.

“Kita akan melakukan persiapan yang baik dan melihat kepada Bangladesh yang menggunaka­n skuad sama dalam dua perlawanan, mungkin kita ada kelebihan,” katanya.

Kuala Lumpur: Pengendali Bahrain, Helio Sousa menyifatka­n Malaysia bukanlah lawan yang mudah untuk ditumbangk­an, sekali gus berpuas hati dengan kemenangan tipis 2-1 pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Jurulatih dari Portugal itu mengakui barisan pemain Kim Pan Gon berjaya memberi saingan yang sengit, namun anak buahnya memperagak­an aksi lebih kemas untuk mengelak daripada terperangk­ap dengan corak permainan Malaysia.

“Kita tahu tidak mudah untuk beraksi dalam keadaan seperti ini apatah lagi dengan suasana yang hebat dan penyokong memberi sokongan yang begitu padu kepada pasukan tuan rumah.

Kita cuba mencari ruang dan kadangkala melakukan hantaran jauh.

“Ranking Malaysia tidak menggambar­kan kualiti dan pemain yang mereka ada buat masa ini. Kita berjuang sebaik mungkin dan saya rasa ini kemenangan yang sangat penting untuk kami,” kata Sousa.

Bahrain bangkit daripada ketinggala­n satu gol untuk meraih kemenangan 2-1, sekali gus membolehka­n mereka menghimpun enam mata maksimum dan menggunggu­li Kumpulan E.

Kim Pan Gon

Petugas terpaksa menggunaka­n pelbagai peralatan untuk membuang air yang memenuhi padang Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ??
(Foto Aswadi Alias/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia