Berita Harian

Pearly-thinaah tekad bangkit semula

-

Terbuka Indonesia

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-m Thinaah akan segera menyusun langkah bagi memperbaik­i kelemahan mereka untuk menghadapi Terbuka Indonesia yang bermula, esok.

Pasangan ranking ke-10 dunia itu terpaksa akur apabila tewas di tangan wakil tuan rumah yang juga pilihan ketujuh, Apriyani Rahayu-siti Fadia Silva Ramadhanti 23-21, 14-21, 14-21 dalam aksi Masters Indonesia yang berlangsun­g di Stadium Istora Senayan, Jakarta, kelmarin.

Thinaah berkata kekalahan itu memberi pengajaran berguna kepada mereka dan tekad untuk tidak mengulangi ‘skrip’ sama apabila beraksi dalam saingan Terbuka Indonesia yang menjanjika­n persaingan lebih mencabar.

“Saya fikir mereka (Apriyani-siti Fadia) bermain lebih baik berbanding kami. Mereka kurang melakukan kesilapan dan lebih konsisten. Sudah pasti kami kecewa tetapi kami akan belajar daripada kekalahan ini.

“Di Terbuka Indonesia, kami tidak mahu terlalu memikirkan mengenai sasaran sebaliknya kami mahu meningkatk­an prestasi dan fokus satu demi satu perlawanan,” kata Thinaah.

Biarpun gagal ke final namun pencapaian Pearly-thinaah kali ini tetap sesuatu yang positif apabila buat kali kedua berturut-turut mereka berjaya menempatka­n diri dalam kelompok empat terbaik selepas Terbuka Thailand, bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia