Berita Harian

Shahidan minta diberi peluang

- Oleh Helmi Talkah

Peneraju baharu tekad kembalikan kegemilang­an olahraga negara helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Presiden baharu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim minta diberi peluang mengembali­kan kegemilang­an sukan olahraga negara ini dengan fokus utama adalah bagi meraih lebih banyak kejayaan di pentas antarabang­sa.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n dipilih untuk kembali menerajui KOM bagi penggal 2022/2025 selepas memenangi pemilihan jawatan presiden, di sini, semalam.

Shahidan menewaskan penyandang jawatan, Datuk SM Muthu dengan majoriti empat undi selepas meraih 20 undi menerusi 36 perwakilan yang hadir pada mesyuarat agung tahunan KOM itu.

Sejurus selepas kemenangan­nya, beliau yang juga Presiden Persatuan Olahraga Amatur Perlis (POAPS) menegaskan ini adalah masanya untuk semua yang berada di bawah KOM bersatu sebagai satu pasukan.

“Saya tiada pasukan khusus, (Foto Hairul Anuar Rahim/bh)

Pemilihan KOM

Shahidan (dua dari kanan) menerima ucapan tahniah Muthu selepas memenangi jawatan presiden KOM pada pemilihan AGM badan induk itu di Royal Selangor Club, Kuala Lumpur, semalam.

bagi saya adalah penyatuan. Kita mesti kembali kepada tujuan asal iaitu bersatu padu dan atlet sebagai keutamaan supaya KOM mencapai kecemerlan­gan.

“Kita semua tak menang dan kita semua tak kalah kerana apa yang penting ketika ini adalah kerjasama sebagai satu pasukan. Kita harap dapat mencapai kecemerlan­gan pada Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik kerana ini adalah keutamaan kita,” katanya selepas pemilihan.

Pada masa sama, Shahidan memberitah­u beliau akan memaklumka­n hala tuju dan perancanga­n masa depan KOM selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli jawatankua­sa KOM yang baharu minggu depan.

Piala Raja Thailand

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia