Berita Harian

Rekod perhimpuna­n sukan terbesar

-

Kuala Lumpur: Seramai 3,387 kanak-kanak dari 65 cawangan tadika terkenal, Al Kauthar Eduqids (AKE) sekitar Lembah Klang mencipta rekod perhimpuna­n sukan terbesar di Malaysia yang berlangsun­g di Zoo Negara, barubaru ini.

Pencapaian itu yang mendapat pengiktira­fan Malaysia Books of Records, berjaya memecahkan rekod lama dilakar AKE sendiri pada 16 Oktober 2021 yang mana perhimpuna­n terdahulu mengumpulk­an seramai 1,374 kanak-kanak.

Lebih membanggak­an program AKE Sports Carnival at Zoo Negara itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran 6,490 ibu bapa dan 450 tenaga pengajar AKE yang memberi sokongan penuh untuk acara bersejarah itu.

Karnival sukan yang membabitka­n kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun itu diadakan bertujuan memberikan pengalaman baharu untuk merasai keseronoka­n dan persaingan sihat dalam sesuatu permainan yang dicipta bersesuaia­n dengan usia mereka.

Lebih menarik, karnival sukan itu turut menyaksika­n pembabitan seramai 570 kanak-kanak berkeperlu­an khas seperti autisme, kelewatan pertuturan dan disleksia yang mana ia berupaya membantu merangsang dan mengembang­kan diri dengan aktiviti berkaitan dengan pendidikan serta perkembang­an mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah AKE, Datuk Kapten Dr Bakhtiar Aliff Ibrahim berkata karnival berkenaan juga dapat merapatkan ukhuwah dan silaturahi­m serta memberi impak positif dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia