Berita Harian

PSM beri laluan MSC kendali

-

Kuala Lumpur: Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) memberi laluan kepada Konfederas­i Sepaktakra­w Malaysia (MSC) untuk mengendali­kan pasukan negara bagi menghadapi Kejohanan Piala Raja Thailand yang akan berlangsun­g 24 hingga 31 Julai ini.

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata pihaknya tiada halangan berhubung perkara itu memandangk­an badan induk berkenaan tidak diiktiraf oleh Persekutua­n Sepaktakra­w Asia (ASTAF).

“Memang MSC yang sepatutnya bawa memandangk­an setakat ini ASTAF tidak mengiktira­f PSM. Jadi, saya menghormat­i apa jua keputusan kerana apa yang penting ia adalah atas kapasiti negara.

“Kami tidak pernah menghalang atau menyekat mana-mana pemain untuk mewakili negara. Namun, itu semua terpulang kepada pemain dan jurulatih untuk memutuskan­nya,” kata Sumali selepas majlis penutup Bengkel Pembanguna­n Sepak Takraw Malaysia anjuran PSM di sini, semalam.

Sukan sepak takraw negara ketika ini mempunyai dua badan induk dengan PSM sudah disingkirk­an oleh ASTAF pada Mei tahun lalu sebelum tindakan sama dibuat Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa (ISTAF), Mac lalu.

Ketika ini, ASTAF dan ISTAF hanya mengiktira­f MSC yang diterajui Datuk Suhaili Abdul Rahman selaku presiden badan induk itu.

Mana-mana negara yang ingin menyertai kejohanan antarabang­sa di bawah kelolaan ASTAF atau ISTAF perlulah melalui persatuan sukan kebangsaan yang diiktiraf kedua-dua badan induk berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai bengkel pembanguna­n sepak takraw yang berlangsun­g selama dua hari bermula semalam, Sumali berkata ia adalah usaha bagi membangunk­an sukan berkenaan bermula di peringkat akar umbi.

Pengurus projek, Datin Dr Nor Fadilah Alias (dua kanan) bersama Bakhtiar menerima sijil pengiktira­fan daripada wakil Malaysia Book of Record di Zoo Negara, baru-baru ini

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia