Berita Harian

Belum berakhir‛

-

menentang lawan sama pada tahun lalu - cuba menerjah pemain lawan namun ketika itu pemain Bahrain berjaya menjaringk­an gol ke gawang kosong.

Malah, Malaysia juga tiada naluri ‘pembunuh’ seperti Bahrain kerana Malaysia memiliki peluang lebih baik untuk meraih kemenangan namun sebaliknya yang berlaku.

Ketinggala­n sekalipun, Bahrain tetap tenang dan peluang yang ada pun cuma biasa-biasa tetapi cukup menerbitka­n dua gol. Tidak kisahlah bagaimana gol itu terjadi tetapi gol tetap gol dan mereka menang dengan dua gol.

Dan di sini, situasi ‘kalaulah’ kembali menggamit kita dan 'kalaulah' apa yang diimpikan itu terjadi tetapi jika mengikut frasa ‘kalaulah’ ini, Malaysia sudah lama layak ke Piala Dunia.

Apapun, peluang masih belum tertutup sepenuhnya buat anak buah Kim Pan Gon kerana ada ‘pintu belakang’. Namun syaratnya Malaysia perlu menamatkan saingan dalam kelompok lima naib juara terbaik saingan kelayakan.

Untuk berbuat demikian, Malaysia tidak perlu belas kasihan kepada Bangladesh dengan meledak seberapa banyak gol yang mungkin apatah lagi lawannya itu sudah pun tersingkir daripada perebutan tiket ke Piala Asia 2023.

Jaringkan seberapa gol yang mungkin dan selepas itu kita harapkan pencabar lain khususnya Filipina dan Indonesia turut tercicir mata ataupun kekurangan gol berbanding Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia