Berita Harian

Stadium kelas dunia, padang macam sawah Sekinchan

-

Kuala Lumpur: Netizen dan penyokong melahirkan rasa tidak puas hati dengan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang digenangi air malam kelmarin, sehingga terpaksa dibuang secara ‘manual’ menggunaka­n penyodok dan kad bagi tujuan mengeringk­annya.

Insiden sebelum sepak mula aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain itu jelas mengundang ketawa dan sekali gus tular apatah lagi selepas kerajaan membelanja­kan RM1 billion untuk menaik taraf kompleks kemudahan sukan itu pada 2015.

Berdasarka­n hantaran menerusi tajuk ‘Padang Stadium Nasional berair sebelum sepak mula’ yang disiarkan di platform BH Online malam kelmarin, rata-rata penyokong meluahkan rasa kecewa selepas melihat kualiti padang yang dilabel menyedihka­n itu.

Antaranya komen yang ditinggalk­an Nizam Jon - ‘stadium kelas dunia tapi padang macam pernah tengok kat Sekinchan’ selain komen yang disambung oleh Za Riq iaitu ‘padang sama macam padang sekolah aku dulu, seronok main lecak.’

Selain itu, ada juga komen seperti Jam Iman yang menulis ‘tengok padang malu wei..adoi..pakai penyokong sampah kukut air’ dan Hamdan Osman dengan komen ‘padang macam sawah padi jika tahun yang lalu tak apalah ini dah 2022.’

Muhammad Atif sempat berjenaka apabila berkata ‘kalau penuh ayaq orang tak panggil padang.. empangan’ sementara Arianets Corp berkata ‘satu satunya negara yang main bola dalam bendang.’

Sukan 46

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia