Berita Harian

BERSATU tak bincang kedudukan Ismail Sabri

Parti sokong PM, hanya runding persiapan hadapi PRU-15, masalah rakyat

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my

Ipoh: Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU pada 8 Jun lalu tidak membincang­kan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai Perdana Menteri.

Ia sebaliknya hanya membincang­kan soal persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selain hal berkaitan rakyat, termasuk kos sara hidup dan krisis makanan.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata partinya kekal menyokong Perdana Menteri dan mahu kerajaan stabil untuk fokus kepada masalah rakyat.

“Kalau ada ura-ura perbincang­an lain, itu bohong kerana BERSATU tidak bincang pasal politik. BERSATU fikir untuk menangani masalah rakyat, termasuk mencari jalan bagaimana untuk membantu kerajaan menangani masalah rakyat.

“Kami tidak bincang mengenai kedudukan Perdana Menteri, malah kami sokong Perdana Menteri sedia ada dan kami mahu kerajaan stabil untuk memberi fokus kepada masalah rakyat, bukan mengutamak­an masalah peribadi atau politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan perasmian Surau Al-faizin Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Hutan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini, semalam.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengulas laporan media yang memetik sumber mendakwa Mesyuarat MPT BERSATU baru-baru ini antara lain membincang­kan kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Laporan berkenaan mendakwa, BERSATU boleh menukar kerajaan sedia ada pimpinan Ismail Sabri sekiranya mendapat sokongan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Warisan (WARISAN) dan Pakatan Harapan (PH) tanpa melalui pilihan raya.

 ?? (Foto L Manimaran/bh) ?? Ahmad Faizal menandatan­gani plak perasmian Surau Al-faizin Sekolah Kebangsaan Polis Hutan di Kem Pasukan Gerak Am Ulu Kinta, semalam.
(Foto L Manimaran/bh) Ahmad Faizal menandatan­gani plak perasmian Surau Al-faizin Sekolah Kebangsaan Polis Hutan di Kem Pasukan Gerak Am Ulu Kinta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia