Berita Harian

PH sedia runding pihak mahu sertai khemah besar

Strategi satu lawan satu hadapi PRU-15 dibuat tanpa paksaan

- Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi bhnews@bh.com.my

Parit Buntar: Pakatan Harapan (PH) berpendiri­an terbuka untuk berunding dan bekerjasam­a dengan parti lain tanpa sebarang paksaan untuk menyertai konsep ‘khemah besar’, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, inisiatif politik terbabit bertujuan mengukuhka­n gabungan dianggotai DAP, PKR dan AMANAH dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi memastikan matlamat satu lawan satu dapat direalisas­ikan pada pilihan raya umum nanti.

“Konsep ‘khemah besar’ ini dikhaskan kepada parti yang mahu menyertain­ya bagi memastikan matlamat satu lawan satu dapat direalisas­ikan pada PRU-15 nanti.

“Jika bersetuju dengan tawaran dibuat dan tanpa apa-apa syarat, maka boleh bersama kita.

“Jika tidak bersetuju, kita ucapkan terima kasih kerana itu hak mereka,” katanya kepada media selepas melancarka­n Pusat Operasi dan Sukarelawa­n PH Parit Buntar di Kampung Kedah, di sini, malam kelmarin.

Salahuddin berkata, pendekatan ‘khemah besar’ adalah strategi bagi mengelak pertembung­an sesama parti sealiran pada PRU itu, di samping menyatupad­ukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira pegangan politik.

Dalam pada itu, beliau berkata, jentera pilihan raya AMANAH di seluruh negara telah bersiap siaga untuk menghadapi PRU-15 dan kini hanya menunggu mandat memilih kerajaan dikembalik­an kepada rakyat.

“Kita percaya pada PRU-15 nanti, peratusan rakyat keluar mengundi lebih tinggi berbanding ketika dua pilihan raya negeri (PRN) lalu,” katanya merujuk PRN Melaka yang diadakan November 2021 dan PRN Johor pada Mac lalu.

Konsep berkenaan dipersetuj­ui PH dalam Resolusi Port Dickson yang merujuk kepada kerjasama blok pembangkan­g tanpa membabitka­n Perikatan Nasional (PN) diterajui BERSATU dan dianggotai PAS, GERAKAN, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) sebagai komponen.

Asas konsep berkenaan adalah untuk memastikan gabungan parti pembangkan­g lebih kukuh mampu diwujudkan bagi berdepan Barisan Nasional (BN) dan PN pada PRU-15, namun Salahuddin sebelum ini melihat melihat ada keperluan membuka ruang perbincang­an dengan PN, khususnya BERSATU.

Parti Warisan (WARISAN) menegaskan konsep itu bukan keutamaann­ya dan juga bukan formula boleh memberi jaminan kemenangan pembangkan­g, manakala Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menyatakan penolakan kepada konsep ini sejak PRN Johor.

Dalam PKR pula, agenda mewujudkan khemah besar mencetuska­n banyak perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin dan ahli akar umbi dengan timbalan presiden, Rafizi Ramli tegas menolak konsep berkenaan.

Cadangan mewujudkan 'khemah besar' dalam kalangan pembangkan­g ketika ini dilihat hanya mencetuska­n polemik, malah boleh mengundang krisis dan pertikaian berterusan antara PH, Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), WARISAN, PEJUANG serta PN.

 ?? (Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi/bh) ?? Salahuddin (dua dari kanan) pada majlis perasmian Pusat Operasi dan Sukarelawa­n PH Parit Buntar, semalam.
(Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi/bh) Salahuddin (dua dari kanan) pada majlis perasmian Pusat Operasi dan Sukarelawa­n PH Parit Buntar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia