Berita Harian

Kerajaan buat tinjauan awam

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail bhnews@bh.com.my

Mansuh hukuman mati mandatori

Dapatkan reaksi orang ramai sebelum usul pindaan dibentang di Parlimen

Putrajaya: Kerajaan akan mengadakan tinjauan awam dalam masa terdekat bagi mendapatka­n maklum balas dan pandangan orang ramai berhubung cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata tindakan itu akan dilaksanak­an sebelum usul pindaan berkait pemansuhan hukuman mati mandatori dibentangk­an di Parlimen pada Oktober depan.

“Kita akan buat tinjauan awam sebelum pindaan dibentang ke Parlimen, siapa yang memberi maklum balas kita akan terima seperti yang kita buat berkaitan undang-undang antilompat parti yang mana mendapat maklum balas sekitar 7,600 responden.

“Kalau berlaku tentangan (yang menolak lebih tinggi), kita akan bawa kembali pindaan ke jemaah menteri untuk dibuat keputusan selanjutny­a.

“Mengenai pindaan ini saya yakin Jabatan Peguam Negara sudah bersedia dengan pembentang­an bacaan kali pertama pada Oktober. Saya cukup yakin tiada halangan di Dewan Rakyat dan seterusnya Dewan Negara pada Disember, malah Yang di-pertuan Agong sangat peka dengan persoalan ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau mengulas kekeliruan dan reaksi pelbagai pihak yang menyokong dan menolak keputusan Kabinet pada 8 Jun lalu untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori.

Ini termasuk ada ahli keluarga yang berasa dilema dan tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan kerana bimbang penjenayah yang sudah dihukum akan terlepas daripada hukuman mereka.

Menjelaska­n lebih lanjut, Wan Junaidi menegaskan hukuman mati masih wujud dalam perundanga­n di negara ini dan kerajaan bersetuju pemansuhan hukuman mati mandatori dan inisiatif untuk pemansuhan ini sudah dimulakan sejak 2012.

“Kerajaan sudah bersetuju untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori dan digantikan dengan hukuman gantian tertakluk kuasa budi bicara mahkamah.

“Dalam konteks ini wujud perbezaan. Hukuman mati mandatori merujuk kepada peruntukan kesalahan jenayah yang mana tertuduh didapati bersalah akan dijatuhkan hukuman mati tanpa sebarang pengecuali­an.

“Dalam erti kata lain, hakim tidak mempunyai pilihan selain menjatuhka­n hukuman mati kepada tertuduh contohnya Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, hukuman budi bicara mahkamah pula katanya membawa maksud mana-mana tertuduh yang disabitkan dengan kesalahan, hakim mempunyai pilihan sama ada untuk menjatuhka­n hukuman mati atau pemenjaraa­n atau sebatan mengikut budi bicara.

“Ia juga bergantung kepada jenis keseriusan suatu jenayah,

Putrajaya: Sebuah tribunal akan ditubuhkan bagi mengkaji lebih 1,000 kes banduan akhir, sebelum pindaan berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dibentangk­an di Parlimen yang dijangka pada Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pada masa sama moratorium pelaksanaa­n hukuman mati yang berkuat kuasa sejak 2018, dikekalkan hingga pemansuhan itu dimuktamad­kan.

“Dalam hal ini, moratorium pelaksanaa­n hukuman mati masih kekal berkuat kuasa hingga trend hukuman, keadaan mangsa, kerjasama dan keinsafan pesalah dan faktor-faktor penguranga­n hukuman lain,” katanya.

Tambahnya, sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, mangsa dan keluarga boleh mengemukak­an kenyataan kesan kepada mangsa selaras dengan Seksyen 183A Kanun Prosedur Jenayah.

Wan Junaidi berkata, pemansuhan hukuman mati mandatori membabitka­n 11 kesalahan iaitu sembilan di bawah Kanun Keseksaan tindakan susulan berkaitan pelaksanaa­n pemansuhan hukuman mati mandatori, termasuk pindaan akta-akta berkaitan, dilaksanak­an.

“Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) dan Pejabat Peguam Negara akan mengkaji serta meneliti kebolehlak­sanaan syor-syor yang dikemukaka­n jawatankua­sa khas untuk 1,342 banduan akhir terbabit.

“Cadangan mereka adalah penubuhan Panel Khas yang terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Persekutua­n dan Mahkamah Rayuan, namun perkara ini perlu penelitian memandangk­an ia menyentuh isu keperlemba­gaan,” katanya.

dan dua Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Berdasarka­n prinsip-prinsip terbabit, syor hukuman gantian terhadap 11 kesalahan ini tertakluk kepada kuasa budi bicara mahkamah,” katanya.

Tambah beliau, jawatankua­sa khas yang menjalanka­n kajian holistik mulai 20 September 2019 hingga 31 Januari 2020 mencadangk­an tiga dasar penghukuma­n baharu iaitu bagi kesalahan menyebabka­n kematian, hukuman mati atas budi bicara mahkamah dikekalkan.

“Bagi kesalahan yang lain tidak menyebabka­n kematian, hukuman mati tidak harus dijatuhkan dan sekiranya hukuman mati tidak dijatuhkan, pesalah boleh dikenakan sebatan,” katanya.

Selain itu Wan Junaidi berkata, sebuah tribunal ditubuhkan dalam masa terdekat bagi mengkaji lebih 1,000 kes banduan akhir sebelum pindaan pemansuhan hukuman mati mandatori dibentangk­an di Parlimen.

Katanya, moratorium hukuman mati mandatori yang dilaksanak­an sejak 2018 dikekalkan sehingga pemansuhan hukuman itu dimuktamad­kan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Wan Junaidi pada sidang media khas berkenaan pemansuhan hukuman mati mandatori di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Wan Junaidi pada sidang media khas berkenaan pemansuhan hukuman mati mandatori di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia