Berita Harian

Fahami konsep sebenar hukuman elak kekeliruan

-

Kuala Lumpur: Reaksi berbeza diberikan terhadap cadangan kerajaan untuk mengadakan tinjauan awam terhadap langkah memansuhka­n hukuman mati mandatori.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata masyarakat perlu didedahkan terlebih dahulu dengan konsep sebenar hukuman mati mandatori agar tidak timbul kekeliruan apabila tinjauan pendapat awam mengenainy­a diadakan kelak.

Beliau yang bersetuju dengan cadangan tinjauan awam itu berkata perkara yang perlu difahami ialah apabila kerajaan bersetuju memansuhka­n hukuman mati mandatori, ia bermakna hukuman mati itu masih ada, hanya hukuman mati mandatori yang dimansuhka­n.

“Konsep hukuman mati mandatori itu perlu difahami terlebih dahulu, iaitu bermaksud hakim tiada pilihan lain selain menjatuhka­n hukuman mati sekiranya pesalah disabitkan kesalahan.

“Apabila hukuman mati mandatori dimansuhka­n kelak, hukuman mati itu tetap ada tetapi hakim mempunyai pilihan lain apabila hendak menjatuhka­n hukuman, contohnya penjara seumur hidup atau hukuman penjara untuk tempoh tertentu, bergantung kepada tahap keseriusan kes,” katanya kepada semalam.

Sebagai contoh, katanya kesalahan berkaitan dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang pada masa ini memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

“Selepas ini (hukuman mati mandatori dimansuhka­n), hakim mempunyai pilihan untuk menjatuhka­n hukuman dan tidak tertakluk untuk menjatuhka­n hukuman mati sahaja,” katanya.

Penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran, berkata tiada keperluan untuk kerajaan membuat tinjauan awam bagi mendapatka­n

BH maklum balas dan pandangan berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori.

Katanya, alasan untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori adalah kukuh iaitu bagi mengembali­kan kuasa dan budi bicara mahkamah.

“Kami harap kerajaan tidak membuat pusingan U daripada keputusan untuk mansuh hukuman mati mandatori.

“Adalah amat memalukan negara kerana berita ini telah tersebar luas. Kami harap kerajaan tegas dan teruskan dengan pemansuhan,” katanya.

Beliau berkata, membuat tinjauan awam kerana semata-mata ada bantahan pihak tertentu bukan alasan untuk melambat-lambatkan proses pemansuhan.

“Tambahan pula, tinjauan awam pastinya membabitka­n peratus kecil rakyat. Maka ia tidak konklusif atau muktamad. Alasan untuk mansuh adalah kukuh, iaitu untuk kembalikan kuasa dan budi bicara mahkamah,” katanya.

Di Johor Bahru, Zulkarnain Idros, 57, bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarha­m Zulfarhan Osman Zulkarnain, berkata langkah mengadakan tinjauan awam amat dihargai dan tepat pada masanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia