Berita Harian

Laporan penuh kes Muhammad Adib Ogos ini

-

Putrajaya: Laporan penuh pasukan petugas khas yang menjalanka­n siasatan dan kajian terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim, akan diketahui pada Ogos depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kerajaan juga dijangka menerima laporan berhubung isu dan tindakan perundanga­n kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh serta siasatan terhadap dakwaan Tan Sri Tommy Thomas dalam buku dihasilkan bekas Peguam Negara itu, sekitar tempoh sama.

“Kita sudah memberi tempoh enam bulan sejak mereka dilantik pada penghujung Disember lalu untuk mengkaji tiga kes itu. Jawatankua­sa terbabit ada melaporkan kepada Jemaah Menteri selepas tiga bulan melaksanak­an kajian.

“Jawatankua­sa meminta supaya tempoh disambung lagi untuk mereka memperhalu­si dan meneliti dengan terperinci laporan terbabit,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata tempoh lanjut diperlukan bagi kerja penterjema­han berikutan ada laporan ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Tempoh sebulan diperlukan untuk penterjema­han. Kita akan bekerjasam­a dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai kepakaran menterjema­h dalam pelbagai bidang, demi memastikan tiada kesalahan yang berlaku apabila penterjema­han selesai dilaksanak­an,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, laporan terbabit memerlukan sedikit masa berikutan pihak jawatankua­sa siasatan juga berdepan masalah saksi dan perolehan dokumen.

“Ada kes contoh di mana kita meminta dokumen daripada pihak individu tertentu menyimpan kertas dokumen yang tidak mampu diperoleh secara serta-merta.

“Malah, kita turut berdepan masalah saksi, ada yang sudah ke luar negara.

“Kalau saksi tidak mahu balik secara sukarela, kita akan bawa kepada Perdana Menteri dan barisan Kabinet. Oleh itu, kita tangguhkan hingga Ogos depan supaya laporan itu dapat dilengkapk­an.

“Kita juga menggunaka­n semua kepakaran di dalam dan luar negara.

“Sebagai contoh bagi siasatan kes Pulau Batu Puteh, kita ada menggunaka­n khidmat pakar dari The Hague, Belanda, dan England. Kita sepatutnya boleh mendapat laporan menjelang Ogos depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia