Berita Harian

Pengeluara­n khas KWSP bukan cara atasi harga barang

- Oleh Ercy Gracella Ajos bhnews@bh.com.my

Pendekatan bersifat holistik tangani kenaikan kos sara hidup

Kuala Lumpur: Pengeluara­n khas sekali simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh dijadikan satu-satunya cara menyelesai­kan isu harga barang dan kos sara hidup yang meningkat ketika ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, berkata isu itu sebaliknya memerlukan pendekatan berbeza yang bersifat holistik termasuk intervensi tepat oleh kerajaan terhadap situasi rantaian bekalan makanan asasi rakyat.

“Ramai yang minta isu KWSP diperjuang­kan sekali lagi. Waktu saya berjumpa untuk merayu kepada perdana menteri dan Tengku Zafrul (Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) sebelum ini, saya berhujah bahawa pengeluara­n RM10,000 wang KWSP dulu adalah yang terakhir.

“Ia bagi memenuhi tuntutan rakyat yang susah untuk memulakan kehidupan baharu pasca pandemik. Justeru, pengeluara­n KWSP tidak boleh dijadikan satu-satunya cara untuk menyelesai­kan isu harga barang dan kos sara hidup yang meningkat mendadak ketika ini.

“Dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang mendadak ketika ini, perlu pendekatan yang berbeza yang bersifat holistik,” katanya dalam hantara di Facebook, semalam.

Kerajaan sebelum ini meluluskan skim i-lestari dan i-sinar pada 2020, diikuti skim i-citra pada Julai 2021 dan pengeluara­n khas RM10,000 pada Mac lalu untuk memenuhi keperluan aliran tunai semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi akibat penularan COVID-19.

Walaupun pengeluara­n itu memberi sedikit kelegaan kewangan kepada ahli ketika pandemik dan PKP, ia menyebabka­n 6.1 juta pencarum kini mempunyai

Ketua Pemuda UMNO kurang RM10,000 dalam akaun KWSP mereka, termasuk 3.6 juta mempunyai kurang RM1,000.

Asyraf Wajdi menegaskan, kerenah birokrasi pada peringkat bawah juga perlu ditangani dengan segera bagi memastikan apa jua bentuk bantuan disalurkan kerajaan kepada rakyat termasuk subsidi dapat disampaika­n secara berkesan.

Beliau juga memaklumka­n mengenai pertemuann­ya dengan beberapa persatuan penternak ayam dari kalangan peniaga kecil dan sederhana serta wakil Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) untuk berbincang isu melingkari mereka bagi diangkat kepada kerajaan.

“Insya-allah Pemuda UMNO akan terus bersuara bagi pihak rakyat dan bersedia menjadi penghubung kepada kerajaan agar suara hati rakyat benar-benar didengari,” katanya.

Kes penipuan kewangan

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia