Berita Harian

BNM disaran tubuh tribunal khas

-

Seremban: Bank Negara Malaysia (BNM) disaran menubuhkan satu tribunal khas bagi menyelesai­kan isu tuntutan mangsa kes penipuan kewangan yang dilihat semakin membimbang­kan ketika ini.

Ketua Biro Kempen Masyarakat Sivil MCA Kebangsaan, Ng Kian Nam, berkata platfor m sedia ada ketika ini yang dikenali sebagai ‘Ombudsman for Finacial Services’ (OFS) tidak telus dan tidak lagi relevan buat masa ini.

“Kami percaya BNM sebagai pengawal selia utama kerajaan dalam bidang kewangan untuk mempertaha­nkan kepentinga­n pemegang akaun di institusi perbankan, yang sebenarnya hak mereka dipertahan­kan mengikut Artikel 13 Perlembaga­an Persekutua­n.

“Platform untuk mangsa mendapatka­n bantuan sangat terbatas ketika ini. Jika ke mahkamah, mereka perlu menanggung kos guaman, manakala platform OFS tidak telus kerana tiada pendengara­n dilakukan.

“Kedua-dua pihak hanya memberikan bukti kepada pihak yang terbabit dalam OFS dan keputusan dikeluarka­n tanpa sebarang pendengara­n atau hujahan dan soal balas daripada kedua-dua pihak,” katanya ketika ditemui, semalam.

Peguam berkenaan berkata, BNM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga perlu bertindak membekukan akaun terbabit penipuan kerana orang ramai terus tertipu dengan jumlah mencecah jutaan ringgit dengan hanya menggunaka­n akaun terbabit.

Pihaknya juga mencadangk­an BNM menubuhkan satu jawatankua­sa khas bagi meneliti semula sistem keselamata­n perbankan dalam talian setiap penyedia kemudahan di istitusi perbankan bagi memastikan mereka mengikut piawaian yang ditetapkan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia