Berita Harian

Syarikat tolak tempahan kerana kurang pekerja

-

Malaysia ‘terlepas’ berbilion ringgit tidak terima kepulangan lebih sejuta buruh migran

Kuala Lumpur: Syarikat Malaysia, daripada perladanga­n sawit hingga pengeluar semikonduk­tor, terpaksa menolak tempahan dan terlepas jualan berbilion ringgit, akibat kekurangan lebih sejuta pekerja yang mengancam pemulihan ekonomi negara.

Walaupun pembekuan pengambila­n pekerja asing ditamatkan pada Februari lalu, Malaysia tidak menerima kepulangan dalam jumlah besar buruh migran, disebabkan kelulusan kerajaan yang perlahan, selain rundingan panjang dengan Indonesia dan Bangladesh berhubung perlindung­an pekerja, demikian menurut kumpulan industri, syarikat dan diplomat.

Malaysia yang bergantung kepada eksport, penghubung utama dalam rantaian bekalan global, bergantung kepada jutaan rakyat asing bagi sektor perkilanga­n, perladanga­n dan perkhidmat­an yang tidak diminati pekerja tempatan kerana dianggap sebagai kotor, berbahaya dan sukar.

Syarikat pengeluara­n, yang merangkumi hampir satu perempat ekonomi, bimbang kehilangan pelanggan ke negara lain, ketika pertumbuha­n meningkat.

“Di sebalik keyakinan lebih tinggi dari segi tinjauan dan peningkata­n jualan, beberapa syarikat terjejas dari segi kemampuan untuk memenuhi tempahan,” kata Presiden Persekutua­n Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai.

FMM mewakili kira-kira 3,500 syarikat.

Syarikat perladanga­n sawit berada di situasi meruncing, kata Pengarah Ketua Eksekutif United Plantation­s Bhd, Datuk Carl Bek-nielsen.

“Situasinya teruk dan keadaannya diibaratka­n seperti perlu bermain bola sepak menentang 11 pemain, namun hanya dibenarkan untuk menurunkan tujuh pemain,” katanya.

Malaysia kekurangan sekurang-kurangnya 1.2 juta pekerja merentasi sektor pembuatan, perladanga­n dan pembinaan, situasi yang semakin buruk setiap hari ketika permintaan meningkat apabila pandemik semakin reda, demikian menurut data industri dan kerajaan.

Syarikat pembuatan berkata, mereka kekurangan 600,000 pekerja, pembinaan memerlukan 550,000 pekerja, industri sawit melaporkan kekurangan 120,000 pekerja, pengeluar cip kekurangan 15,000 pekerja dan tidak dapat menampung permintaan walaupun berlaku kekurangan cip global, manakala pengeluar sarung tangan perubatan memerlukan 12,000 pekerja.

Indeks Pengurus Pembelian Malaysia bagi pembuatan jatuh kepada 50.1 pada Mei daripada 51.6 pada April, dengan sektor itu mencatatka­n penurunan pekerjaan terbesar sejak Ogos 2020, demikian menurut data daripada S&P Global.

Industri sawit, yang menyumbang

Presiden Persekutua­n Pekilang-pekilang Malaysia lima peratus kepada ekonomi Malaysia, memberi amaran tiga juta tan hasil tanaman akan hilang tahun ini apabila buah tidak dikutip, bermakna kerugian lebih daripada RM28 bilion.

Industri sarung tangan getah menganggar­kan kehilangan pendapatan kira-kira RM3 bilion tahun ini, jika kekurangan pekerja berterusan.

Kementeria­n Sumber Manusia, yang bertanggun­gjawab meluluskan pengambila­n pekerja asing, tidak memberikan maklum balas kepada permintaan REUTERS untuk mendapatka­n kenyataan mengenai kekangan buruh dan kesannya terhadap ekonomi.

April lalu, Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, syarikat tempatan memohon untuk mengambil 475,000 pekerja asing, namun kementeria­n hanya meluluskan 2,065, menolak beberapa permohonan disebabkan maklumat tidak lengkap atau kurang pematuhan terhadap kawal selia. REUTERS

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia