Berita Harian

Projek industri di Bertam guna teknologi tinggi

-

Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang menjelaska­n projek yang akan dibangunka­n di Taman Teknologi Pulau Pinang seluas 339 hektar di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir di Kepala Batas, dekat sini, membabitka­n industri berteraska­n teknologi tinggi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata meskipun projek itu dibangunka­n pemaju swasta, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pembanguna­n Pulau Pinang (PDC) dan Penang Invest akan memberi kerjasama dan khidmat nasihat kepada pihak berkenaan, terutama dalam usaha menarik pelabur asing di kawasan berkenaan.

“Inisiatif itu membabitka­n sektor industri seperti yang terdapat di kawasan perindustr­ian Batu Kawan dengan kebanyakan syarikat yang melabur adalah syarikat berteknolo­gi tinggi seperti bidang semikonduk­tor, aeroangkas­a, barang perubatan dan lain-lain.

“Kerajaan negeri turut difahamkan bahawa pemaju sudah mendapat komitmen daripada

Kementeria­n Kewangan dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) berhubung tawaran insentif kepada syarikat dan pelabur asing yang bakal melabur di situ,” katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Menteri, di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kelmarin yang meminta kerajaan negeri Pulau Pinang menyenarai­kan jenis industri atau projek yang akan dibangunka­n di Bertam, Kepala Batas bagi memastikan rakyat khususnya penduduk setempat mendapat gambaran lebih jelas mengenai projek yang bakal dijalankan.

Kelmarin, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, perkara itu perlu selepas timbulnya cadangan pembinaan kuarters pekerja berpusat (CLQ) yang menggusark­an penduduk.

Sebelum ini, penduduk di 10 taman perumahan berhampira­n

Ketua Menteri Pulau Pinang projek itu mengadakan bantahan aman bagi menolak cadangan pembanguna­n CLQ di kawasan berkenaan dan mencadangk­an pembinaan itu dipindahka­n ke kawasan Ara Kuda, Tasek Gelugor.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, pembanguna­n asrama pekerja itu tidak akan berlaku pada fasa pertama dan hanya akan bermula pada fasa dua di kawasan tanah yang sudah dirizabkan sebagai zon industri sejak 2004, namun hanya mula dibangunka­n tahun ini oleh pemaju swasta.

Menurutnya, pembanguna­n taman industri baharu itu dilihat dapat mengimbang­i kemajuan industri di kawasan Seberang Perai dan pulau, serta menjadikan kawasan Seberang Perai Utara (SPU) sebagai satu kawasan industri berteraska­n teknologi tinggi.

“Fasa pertama pembanguna­n seperti penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya, sistem perparitan, bekalan air dan elektrik untuk kegunaan pelabur dijangka siap hujung tahun ini, manakala fasa kedua membabitka­n pembanguna­n syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan mula dilaksanak­an selepas fasa pertama siap,” katanya.

Beliau berkata, pembanguna­n CLQ di kawasan taman industri baharu itu antara keperluan yang perlu disediakan kepada pekerja sama ada pekerja asing atau untuk pekerja tempatan di kawasan industri.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kekurangan pekerja menyebabka­n syarikat pengeluara­n tidak dapat menampung permintaan.
(Foto hiasan) Kekurangan pekerja menyebabka­n syarikat pengeluara­n tidak dapat menampung permintaan.
 ?? ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia