Berita Harian

Kementeria­n sedia bantu usahawan perbukuan

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

11 agensi tawar pinjaman, geran kepada penggiat terkesan pandemik

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) membuka pintu seluas-luasnya untuk membantu mana-mana usahawan industri perbukuan, khususnya selepas dua tahun industri itu berdepan kesuraman akibat pandemik COVID-19.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata kementeria­n itu memiliki 11 agensi yang boleh menyediaka­n pelbagai bentuk bantuan kepada penggiat industri perbukuan, sama ada dalam bentuk pinjaman mahupun geran.

Selain itu, beliau menggesa mana-mana penggiat industri perbukuan yang menjadi mangsa banjir, tampil bertemu kementeria­nnya untuk dapatkan bantuan khas kepada usahawan yang terkesan dengan bencana itu.

“Di kementeria­n saya ada 11 agensi dan memang ada syarikat percetakan yang mendapat bantuan KUSKOP. Daripada 11 agensi ini, hampir semuanya memberikan pinjaman.

“Jika nak pinjam tidak lebih RM100,000 boleh berjumpa TEKUN Nasional.

“Nak pinjam tidak lebih RM10 juta boleh berjumpa PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad), atau nak lebih lagi boleh berurusan dengan SME Bank atau Bank Rakyat.

“Selain itu, ada satu agensi yang beri geran. Ada kilang percetakan terima geran kita dalam bentuk peralatan seperti mesin percetakan dan pengiklana­n di bawah SME Corporatio­n dengan kadar maksimum RM500,000.

“Saya mengharapk­an usahawan dalam dunia perbukuan boleh tampil ke depan dan kita akan sokong anda semua dalam usaha melahirkan bangsa usahawan di Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 Kali Ke-39 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam kelmarin.

Yang turut hadir, Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron dan Pengarang Kumpulan

Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an.

Dalam pada itu, Mohd Khair berkata PBAKL yang berakhir kelmarin merekodkan kehadiran 1.3 juta pengunjung sepanjang tempoh 10 hari penganjura­nnya, melebihi angka 700,000 disasarkan penganjur.

Beliau berkata, selain 1,363,757 pengunjung, pesta buku terbesar itu mendapat sambutan hangat di media sosial apabila tanda pagar #pbakl2022 di Tiktok merekodkan lebih 13.6 juta tontonan setakat jam 6 petang kelmarin.

“Semua angka ini langsung tidak dijangka dan jauh melepasi sasaran awal penganjur. Rata-rata pempamer menyatakan jualan PBAKL kali ini terbaik sejak penganjura­nnya.

“PBAKL juga menyaksika­n peranan usahawan buku dalam kalangan penggiat industri muda yang membawa segmen pembeli baharu, yang mana rata-rata mereka memiliki ratusan, ribuan dan jutaan pengikut dan tontonan di media sosial, sekali gus berjaya mencetus keterujaan terhadap buku dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis sama.

Penularan COVID-19

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Noh (tiga dari kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Mohd Khair sambil diperhatik­an Ahmad Zaini (kiri) pada Majlis Penutup Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2022 di WTCKL, malam kelmarin.
(Foto Aswadi Alias/bh) Noh (tiga dari kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Mohd Khair sambil diperhatik­an Ahmad Zaini (kiri) pada Majlis Penutup Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2022 di WTCKL, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia