Berita Harian

Urus laut secara sistematik elak terus tercemar

- Oleh Dr Izyan Munirah Mohd Zaideen bhrencana@bh.com.my

Bentuk ancaman di lautan bukan lagi tertumpu kepada keselamata­n sahaja, bahkan tertakluk kepada isu pencemaran marin dan eksploitas­i sumber laut secara tidak mampan. Isu alam sekitar marin semakin mencabar memandangk­an fizikal lautan itu sendiri bersifat tiada sempadan.

Pencemaran plastik di lautan contohnya walaupun membahayak­an hidupan laut dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan manusia, masalah itu terus berlarutan hingga kini.

Justeru, isu ini perlu ditangani demi kelestaria­n sumber laut serta kestabilan pembanguna­n sektor maritim negara. Berdasarka­n pemerhatia­n, kekangan p entadbiran dan pengurusan sumber lautan, terutama dalam konteks urus tadbir perlu diberi perhatian.

Pada ketika ini, pendekatan pengurusan dipraktikk­an kurang teratur dan tidak sistematik dengan kewujudan birokrasi dalam pentadbira­n sedia ada tertumpu kepada perancanga­n tidak selari dengan pelaksanaa­n.

Selain itu, kewujudan kelemahan dan jaringan kompleks dalam tadbir urus boleh menjejaska­n sistem pentadbira­n lautan. Keperluan pemerkasaa­n tadbir urus lautan dilihat tindakan bersepadu dari segi dasar, tindakan dan urusan berkaitan mengekalka­n kesejahter­aan serta kelestaria­n lautan.

Oleh itu, cabaran menyeluruh terhadap tadbir urus lautan perlu diteliti dan memerlukan pelan tindakan jangka panjang dan bersifat holistik melalui pembanguna­n dasar lautan negara lestari.

Antara ciri tadbir urus baik ialah kesediaan menghadapi cabaran dengan berkesan di samping memenuhi aspirasi dan kepentinga­n penggunany­a. Secara amnya, tadbir urus lautan perlu berpanduka­n perlembaga­an lautan terkandung dalam Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.

UNCLOS ialah asas kepada tindakan melindungi persekitar­an laut dari segi penggunaan dan pemulihara­an sumber laut serta hak perundanga­n dan ruang lautan saling berkaitan dan perlu dipertimba­ngkan secara keseluruha­n.

Bahagian XII UNCLOS menggarisk­an panduan khusus untuk perlindung­an alam sekitar marin daripada kesan berbahaya ditimbulka­n secara langsung oleh kegiatan manusia, termasuk sumber pencemaran berasaskan laut, darat dan udara.

Keseragama­n dalam tadbir urus lautan diyakini dapat menangani isu, terutama dalam pembahagia­n ruang lautan laut, di samping mengawal aktiviti manusia di lautan secara holistik.

Struktur tadbir urus koheren sangat penting untuk menangani cabaran secara komprehens­if melalui perancanga­n dasar dan rangka kerja kawal selia menyeluruh.

Selain itu, adalah amat penting untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kesan tindakan manusia terhadap lautan serta pendedahan pengurusan mampan lautan dunia.

Tanggungja­wab melindungi dan memelihara ekosistem laut adalah tanggungja­wab bersama. Kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n laut kepada pertumbuha­n ekonomi dan kesejahter­aan hidup amat penting bagi memenuhi sasaran penggunaan mampan lautan seperti digariskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Matlamat Pembanguna­n Lestari 14.

Setiap tahun seluruh dunia menyambut Hari Lautan Sedunia pada 8 Jun bertujuan memberikan kesedaran mengenai kepentinga­n laut peringkat global.

 ?? ?? Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia