Berita Harian

Kita patut bangga warisi kepelbagai­an makanan

-

Malaysia mempunyai lebih daripada 70 kumpulan etnik dan bangsa yang setiap satunya mewarisi kepelbagai­an budaya dan cita rasa makanan.

Hal ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang cukup unik.

Keunikan itu lebih menyerlah apabila menerusi kepelbagai­an warisan makanan sedemikian ia menjadi pemangkin untuk mengeratka­n perpaduan. Meskipun berbeza bangsa dan budaya, tetapi setiap seorang daripada rakyat Malaysia tentu saja tahu malah menikmati kelainan hidangan bangsa lain.

Setiap negeri di Malaysia mempunyai makanan berbeza. Sebagai contohnya, di Sabah, makanan tradisi kaum Kadazan Dusun ialah hinava dan tuhau. Makanan itu bukan sahaja dikenali di Sabah, malah diketahui hampir setiap rakyat Malaysia.

Selain itu, makanan tradisi daripada negeri Terengganu pula ialah nasi dagang yang turut menjadi sajian bagi masyarakat di negara ini.

Keharmonia­n di negara ini jelas dapat dilihat melalui warisan makanan yang mewakili setiap

Alisah Hassan, negeri dan etnik. Penyajian makanan tradisi sebegitu bukan sahaja mampu diperoleh di negeri tertentu tetapi ia juga dapat dinikmati di negeri lain.

Malah, keunikan makanan di setiap negeri menjadi sebahagian tarikan pelancong yang juga dapat meningkatk­an ekonomi negara, selain berupaya membantu mengekalka­n perpaduan negara.

Warisan makanan tradisi juga dapat dilihat pada setiap perayaan, antaranya seperti sambutan Aidilfitri. Kebiasaann­ya, makanan tradisi yang dihidangka­n pada perayaan itu termasuk lemang, ketupat, rendang, dodol, lodeh dan pelbagai makanan lain.

Makanan tradisi di Malaysia dapat dikelaskan kepada makanan harian, makanan semasa perayaan dan makanan yang terdapat pada musim atau bulan tertentu. Walaupun terdapat banyak perbezaan makanan tradisi antara setiap etnik, ia tidak menjadi batu penghalang kepada perpaduan di Malaysia.

Justeru, makanan tradisi di Malaysia perlu dipelihara dan diwariskan kepada generasi muda supaya tidak pupus ditelan zaman.

Saban tahun tanggal 14 Februari, 8 Mac, Ahad kedua Mei dan Ahad ketiga Jun setiap tahun adalah tarikh yang dikhususka­n untuk memperinga­ti kekasih, Hari Wanita, Hari Ibu dan Hari Bapa.

Namun kita sebagai rakyat Malaysia yang tulen, tidak perlu hari-hari khusus sedemikian untuk meraikan hari istimewa itu. Cukuplah Hari Merdeka (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September) sahaja. Selebihnya, kita boleh menghargai wanita, bapa, ibu atau kekasih setiap hari tanpa perlunya menetapkan tarikh khusus.

Bagi yang beragama Islam, sambutan Aidilfitri dan Aidiladha sudah memadai dan tidak wajib untuk meraikan Hari Wanita, Hari Ibu dan Hari Bapa serta hari-hari khusus untuk meraikan sesuatu benda.

Malah jatuh haram pula bagi orang beragama Islam meraikan Hari Kekasih kerana amalan sebegitu tidak pernah dianjurkan dalam mana-mana agama termasuk Islam.

Hayrin Matahir,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia