Berita Harian

Kementeria­n atasi masalah 23 sekolah tumpang di Sabah

-

Sandakan: Kementeria­n Pendidikan (KPM) berusaha menyelesai­kan masalah sekolah tumpang membabitka­n 23 sekolah di Sabah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata 20 daripada sekolah berkenaan sudah mendapat peruntukan RM706 juta untuk pembinaan bangunan sekolah masing-masing, manakala peruntukan bagi tiga sekolah lagi sedang diusahakan.

Beliau berkata, Sabah mempunyai lebih banyak sekolah tumpang berbanding lain negeri dan ini menjadi cabaran infrastruk­tur bagi KPM.

“Kementeria­n akan memberi tumpuan terhadap pembinaan sekolah yang tidak siap mengikut jadual. Apa yang penting kita pastikan anak-anak kita mendapat kemudahan pendidikan terbaik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Libaran dekat sini semalam.

Beliau berkata, SMK Libaran satu daripada 23 sekolah itu yang baharu siap setelah lebih 22 tahun, dengan 597 pelajarnya menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Padas, kira-kira 3 kilometer (km) dari sekolah itu.

Sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 25km dari sini, dijadual beroperasi mulai 1 Julai ini, membabitka­n pelajar Tingkatan 1 hingga 5.

Sementara itu Radzi berkata, kementeria­n sedang berbincang dengan pelbagai pihak mengenai bagaimana cara untuk meningkatk­an program pendedahan dan kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar.

“Anak-anak kita perlu menyedari kita bertanggun­gjawab menjaga khazanah alam semula jadi untuk tatapan generasi akan datang,” katanya. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Radzi meninjau peralatan dalam makmal selepas merasmikan SMK Libaran, semalam.
(Foto BERNAMA) Radzi meninjau peralatan dalam makmal selepas merasmikan SMK Libaran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia