Berita Harian

Lebih 60 kolam, tasik berpotensi jadi takungan

-

Kuala Lumpur: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengenal pasti lebih 60 kolam dan tasik di seluruh lembangan di negeri itu yang berpotensi untuk dijadikan kolam takungan tambahan sebagai persediaan jangka panjang menghadapi kemarau yang dijangka berlaku pada 2025.

Pengarahny­a, Hasrolniza­m Shaari berkata, daripada jumlah itu, 21 kolam sudah diluluskan kerajaan negeri untuk diperluas dan dilebarkan bagi menambah kapasiti takungan.

“Pada peringkat pertama, semua lebih 60 kolam dan tasik yang dikenal pasti ini sudah pun kita kemas kini maklumatny­a, termasuk status tanah dan tahap kebolehgun­aannya.

“Kemudian kita mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri untuk 21 kolam terbabit disiapsiag­akan menjadi kolam tambahan, dengan mendalam dan melebarkan­nya di mana pembinaann­ya akan dilaksanak­an anak syarikat kerajaan negeri Selangor iaitu Kumpulan Semester Sdn Bhd,” katanya.

Pada masa sama, Hasrolniza­m berkata, pihaknya membina infrastruk­tur lain bagi memastikan air takungan dari kolam berkenaan dapat disalurkan ke loji rawatan air, antaranya dengan pendekatan mengepam air sebelum disalirkan ke sungai.

Beliau berkata, dalam pengurusan sumber air yang lebih baik, LUAS juga membangunk­an aplikasi yang boleh merekodkan jumlah air sedia ada secara masa nyata, sebagai persediaan melepaskan air untuk digunakan.

Terdahulu, beliau berkata, bekalan air di Lembah Klang mampu bertahan selama lapan bulan sekiranya berlaku kemarau pada 2025.

“Ketika ini seluruh penduduk di Lembah Klang termasuk Putrajaya dan Kuala Lumpur meliputi 6.5 juta penduduk mendapat bekalan air terawat dari Selangor, dengan jumlah penggunaan harian 500 juta liter,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia