Berita Harian

Bella dipaksa makan nasi goreng digaul cili potong

-

Saksi dakwa Siti Bainun pegang dagu, suapkan mangsa makanan

Kuala Lumpur: Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Sesyen di sini beliau nampak pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, memegang dagu Bella dan memaksa remaja perempuan sindrom down itu makan nasi goreng bercampur cili yang banyak.

Pegawai Penyelidik Undang-undang di sebuah firma guaman Suhana Zam, 40, berkata ketika kejadian, beliau duduk di meja makan di sebuah kondominiu­m di Wangsa Maju milik Siti Bainun pada Mei 2021.

“Bella sedang berdiri depan peti ais, manakala Bainun berdiri depan Bella dan depan mereka ada bangku kayu. Saya nampak Bainun letak satu pinggan nasi goreng dan sejumlah cili yang telah dipotong yang mana pada saya, nisbah cili itu banyak berbanding nasi.

“Dia (Siti Bainun) gaul-gaul nasi goreng itu, dia pegang dagu Bella dan suapkan Bella dengan nasi goreng berserta cili. Bella elak tak nak makan tetapi dia paksa Bella makan.

“Saya terkejut kenapa buat Bella macam itu. Saya tak cakap apa-apa sebab pada waktu itu saya tak nak confront (bersemuka) dengan Bainun. Sebab saya bimbang kalau confront, saya tidak pasti reaksi dia,” kata Suhana ketika pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad pada perbicaraa­n kes Siti Bainun.

Pada prosiding sebelum ini, penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood, 18, memberitah­u mahkamah, Bella diberi makan seperiuk nasi dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta ayam goreng busuk, ketika bulan puasa oleh Siti Bainun.

Sementara itu, Suhana berkata, beliau melihat kesan lebam sebesar tapak tangan di kanan muka Bella, ketika pergi ke rumah Siti Bainun pada 13 Jun 2021.

“Saya ke rumah Bainun sebab Bainun ajak makan ‘King Crab’ masak ‘Shell Out’. Ketika sampai di rumah itu pada jam 5 petang, saya nampak rambut Bella dipotong pendek ‘tobek’, pakai baju lengan panjang, muka Bella ketakutan. Terdapat kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian muka sebelah kanan. Itulah keadaan Bella paling teruk yang saya pernah lihat,” kata saksi itu.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata, sepanjang berada di rumah berkenaan, beliau melihat waktu makan Bella tidak teratur dan selama remaja itu diminta berdiri berjam-jam oleh Siti Bainun, dia tidak nampak sesiapa memberi makanan dan minuman kepada remaja itu.

Kepada soalan Nor Azizah, bagaimana keadaan Bella semasa remaja itu tidak diberi makanan dan minuman selama berjam-jam, Suhana berkata, remaja itu berdiri sahaja dan tidak boleh bercakap.

“Siti Bainun cakap tak boleh bagi Bella minum nanti dia kencing. Saya rasa nak bagi dia (Bella) makan dan minum, tapi saya tidak pasti tindakan saya itu menimbulka­n kemarahan kepada Siti Bainun atau tidak, kalau saya beri (makan dan minum), saya takut tidak ikut peraturan dalam rumah itu. Saya tak nak memandai-mandai kerana itu rumah dia (Siti Bainun),” kata Suhana.

Suhana berkata, rumah Siti Bainun tidak mudah diakses kerana untuk memasuki lobi kondominum berkenaan, perlu mendapatka­n kod bar.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominiu­m di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. BERNAMA

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ?? Siti Bainun hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) Siti Bainun hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia