Berita Harian

Buruh didakwa rogol anak kandung bulan lalu

-

Pasir Mas: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan merogol anak kandungnya, bulan lalu.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di depan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah, Rozaidi Yaakob.

Mengikut pertuduhan, tertuduh berusia 39 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun tanpa kerelaan di sebuah rumah di Tanah Merah, kira-kira jam 12 tengah malam 31 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 376 (2) kanun sama yang memperuntu­k hukuman penjara 10 hingga 30 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Syafiq Aizat Nazri, manakala tertuduh tiada diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Syafiq tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangk­an pertuduhan membabitka­n kesalahan serius.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia