Berita Harian

3 sahabat maut kereta bertembung lori tangki

-

Teluk Intan: Tiga sahabat maut, manakala dua yang lain parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki ketika dalam perjalanan untuk menyambut hari jadi, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam di Kilometer 7 Jalan Maharajale­la–teluk Intan, di sini, dengan rakan mereka yang bakal diraikan sempena hari jadinya kelmarin, iaitu K C Thinakaran, 19, antara disahkan maut.

Thinakaran bersama seorang lagi penumpang, M Phooveandr­a, 26, menghembus­kan nafas terakhir ketika dirawat di Hospital Teluk Intan, manakala rakan mereka S Srinivasa Rao, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, mengesahka­n kejadian itu berlaku ketika kereta dinaiki lima sahabat itu dalam perjalanan dari arah

Hutan Melintang menuju Teluk Intan.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta dinaiki lima lelaki berkenaan terbabas dan masuk ke laluan bertentang­an, sebelum bertembung dengan lori tangki dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.

“Selain tiga maut, dua lagi mangsa iaitu pemandu kereta berusia 26 tahun yang juga saudara kepada

Thinakaran dan penumpang berusia 19 tahun dilaporkan parah.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat, selepas mendapat keputusan ujian saringan COVID-19.

“Pemandu lori tangki pula tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ?? (Foto ihsan PDRM) ?? Keadaan kereta mangsa yang bertembung dengan lori tangki di Jalan Maharajale­la–teluk Intan, malam kelmarin.
(Foto ihsan PDRM) Keadaan kereta mangsa yang bertembung dengan lori tangki di Jalan Maharajale­la–teluk Intan, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia